22 February 2012

Parit Jawa Episode 2.

Mak ajak aku ke Nursery bunga ayah. Abg Long pun semangat nak ikut sekali.

"Ini kali ketiga" -luah emak sebaik sampai ke nursery bunga Ayah.

Aku meninjau-ninjau keadaan sekeliling.

"Ini kalau bukan keling, mesti melayu penyagak punya kerja" -aku sedikit geram.

Habis besi dan rak-rak bunga dicuri dan ruang luar pejabat di pecah masuk. Total rugi sekarang dah mencecah RM 10k ke atas. Masuk kali ketiga baru lelaki tampan nak buat laporan polis. Mungkin dia pun dah malas nak ambik kisah.

Dan bila nampak terbiar, datanglah si penyangak yang akan merembat segala isi benda untuk hasil yang haram. Dalam pertimbangan sama ada mahu menjual terus tanah dan membuat pelaburan lain ataupun hold tanah dan usahakan sampai lelaki tampan ada masa terluang.

Semua menentang actually bila lelaki tampan menyatakan hasrat untuk menjual termasuklah perempuan cantik. Tapi lepas sampai 3,4 kali nursery kena pecah, semua naik kesian dan macam redha dengan keputusan nak jual. Sedih bila tengok keadaan jadi macam tu.


Lepas perempuan cantik mengutip sayur kangkung di tepi kolam ikan, kami bertiga duduk dibawah pokok teduh. 

"Abah nak jual dah tanah ni, dia pun rasa dah malas nak usahakan, dia mana ada masa" - Luah perempuan cantik kecewa.

"Sayang la kalau jual, macam-macam boleh usahakan dekat tanah ni, nanti dah bersara ada juga kerja mak abah nak buat kalau bosan-bosan"- Nada tak meyakinkan.

Aku teringat dulu kami adik beradik akan luangkan masa menolong lelaki tampan mengusahakan nursery bunganya, tapi sekarang masing-masing dah kerja, lelaki tampan pun rasa "segan" nak pergi ke nursery sorang-sorang.

Perusahan yang dahulunya membawa income tambahan 3-10k sebulan pada lelaki tampan. Kalau diikutkan memanglah sayang tapi masing-masing dah besar, lelaki tampan pun dah macam hilang semangat nak usahakan, tambahan pula kerja sedia ada dan masih belum bersara,tiada masa.


Dan klimaksnya bila ada sorang nyonya dari Ipoh datang berjumpa lelaki tampan, offer RM 400K cash untuk tanah 1 hektar tu. 

Siapa nak jadi pengarah parit jawa versi perak ni? aku nak jadi Zahiril Adzim.

2 comments:

Wan Suhail said...

aku boleh jd pengarah ha ha ha!

btw, cite parit jawa betul2 menyentuh perasaan dan aku cuba relatekan dengan kalimah alif ba ta. Memang mengena.

Fuz said...

wan: aku ambik masa yg lama untuk layan. it was good movie.