23 December 2011

Mood.

Dia bagi aku satu software, satu manual book. Lepas tu dia suruh aku study.Bila aku tanya apa yg aku tak faham, dia jawab.

"Awak jangan tanya saya, saya tak familiar".

Aku try uji kefahaman dengan buat test. Keluar error pelbagai. Semua problem arise aku google. Ada satu je yang google tak bagi jawapan. Selamat lah ada mamat Johns ni buat blog pasal software design. Bagus orang putih ni, tak kedekut ilmu. Semua benda diorang share. Itu lah tujuan ber-blog.

Bilik aku depan bilik director, pintu dia tak pernah tutup. Kalau nak merayau dekat Internet pun risau-risau. Dari first day aku masuk bilik dia tak henti-henti orang kunjung. Yang bestnya, orang yg berkunjung tu semua beruban dan rambut tak berapa nak ada. Sytle.

Dari first day aku masuk. Dengar dia "Pung-pang, pung-pang" tak habis-habis. 

"Apesal Genius sangat dia ni"?

Kadang suara serius, kadang suara blaming. Conversation in English lagi diberi keutamaan walaupun tengah hari tadi sama-sama makan belacan. Perkataan Datuk banyak kali keluar. Senior staff plak tak habis-habis cakap pasal pressure.

Ok. Kerja sekarang tak boleh buat macam dulu. Boleh usha-usha awek dari dalam kereta sambil cari network. Sekarang tgk laptop fikir design. I love my job kalau nak disedapkan hati.

2 comments:

Primadona said...

chill bro.thats what we call as a life.haha

Fuz said...

i'm "chilling"..haha