Lepas tu aku tukar kerja dekat TPM ni, aku duduk sementara di rumah Paksu. Bukan main seronok dia bila aku duduk di bilik kosong dalam rumah dia. Seronok sebab aku suka layan tengok bola dekat kedai mamak macam dia, dan seronok sebab aku pandai bagi dia predict-predict bola sepak supaya point-point dia dalam fantasy league tinggi.
Ada dua orang kawan Universiti aku suruh aku cari rumah, nak join. Dia bagi kondisi-kondisi yang perlu ada. Jadi dari awal sampai habis aku yang carikan. Dari berpuluh rumah merangkumi rumah terres (gabungan perkataan terrace dan teres yang disengajakan) dan apartment aku shortlist. Lepas buat call dan meninjau-ninjau ada dalam 5 je yang betul lepas dari filter.
Filter yang harus dibuat untuk pencarian rumah sewa di kota metropolitan ini:
1. Ada awang hitam tak?
2. Kawasan jenayah?
3. Kemudahan?
4. Cukup selamat?
Dari 5 shortlist tu, 5-5 dah ada orang sewa. Aku mengeluh sekejap.
Nak dikatakan rezeki, aku terbaca iklan satu rumah teres owner India. Lepas aku jumpa dia tengok kondisi rumah,semua kemudahan dekat, masjid dekat, pasar malam pun dekat, aku terus deal. 2 kawan aku pun puas hati.Bukan senang nak yakinkan owner nak lepaskan rumah dekat lelaki bujang. Aku bagitau perempuan cantik aku dah ada rumah sewa. Aku bersihkan apa yang patut. 2 dari kawan aku tu masing-masing busy dengan out station. Suruh aku move in dulu.Fine, ok move in dulu. Lepas dapat perabot satu set, seminggu aku rasa duduk sorang. Aku rasa selesa , tenang dan tak susah hati duduk kawasan tu. Tiap-tiap hari aku bangun pukul 6.
25 hb malam aku dapat call, perempuan cantik nak datang dengan kak long dan abang long. Datang mengejut, kata nak jalan Kl, tengok rumah sewa aku. Sampai dalam lewat malam, lepas guide pergi rumah sewa, sembang-sembang macam biasa. Esok paginya perempuan cantik gerak aku, risau terlewat pergi kerja agaknya. Aku tengok dah ada sarapan dia sediakan. Aku pun pergi kerja tinggalkan rumah sewa kosong tu, aku tinggalkan kunci, kalau-kalau perempuan cantik nak berjalan-jalan.
Lepas balik kerja, aku bukak rumah, dah ada meja makan berbalut kemas, peti ais baru, rice cooker, heater air, dan kelengkapan dapur semua dah ada, tersusun rapi. Tempat letak barang dekat belakang yang sebelum ni ada lumut dan kotor-kotor semua dah bersih. Dalam peti ais pulak dah ada bahan-bahan untuk aku masak.Aku masuk bilik air pun dah ada kelengkapan mandi.Barang-barang untuk aku masal pun penuh dalam kabinet .Another kejutan dari perempuan cantik. Dia risaukan aku agaknya. Terharu habis aku malam tu. Cuma perempuan cantik cakap tak dapat nak cari meja untuk dapur. Its enough la mak.:P
Aku dah merantau merata-merata sebelum ni, dah sampai ke Sabah aku pernah out station tapi kali ni perempuan cantik risau semacam je. Lepas berdrama dengan perempuan cantik, mereka pulang ke Perak. Aku kemas rumah cantik-cantik. Kalau diikutkan semua dalam rumah kira expense dari aku, tapi aku tak kisah. Janji kawan-kawan selesa.
2-3 hari lepas tu kawan aku masuk. Sampai rumah pukul 12 malam. Aku terus teman dia pergi downtown Cheras cari bantal, tilam untuk tidur.
"Mujur hang cari rumah ni, aku selesa betul duduk rumah macam ni, makan pun banyak tempat, Tv nanti beli kira dari aku" - Own cakap.
Malam tu baru aku berteman. Topik yang dibualkan ada juga berkisar tentang business. Business yang aku dengan dia buat waktu dekat Universtiti dulu yang boleh buat aku tak perlu guna duit sendiri untuk segala jenis expense tanpa meminta dari FAMA. Perbincangan yang membawa kepada beberapa plan yg akan dilaksanakan tak lama lagi.
Ok, sekarang life dah macam dekat Universiti dulu.
Ada la 3 hari aku berteman.Own kena balik out station di Ipoh.
Semalam member aku lagi sorang tu anta mesej.
"Sewa bulan ni nanti aku bayar, hg cari ganti untuk aku. Aku dapat offer lain, aku tak tahan kerja ni".
Aku call kawan Own bagitau. Lepas tu dia gelak-gelak.
"Aku pun hari ni ada interview di Penang. Dan possibility nak dapat tu memang tinggi la, sedih gila nak tinggal hg sorang-sorang"
Pagi ni aku bangun awal, aku tengok rumah, aku tengok dapur. Aku teringat dekat plan-plan asal. Aku tengok suasana luar pagi subuh. Aku pasang lagu cromok.
Before keluar tadi, aku pegang pagar.
"I'm sorry house,I'm moving out"
"DANG" bunyi pagar berlaga seolah-olah tak merestui niat terpaksa aku ni.
4 comments:
Rasanya ini entri paling panjang aku baca sepanjang melawat blog ni.Pindah lagi? :P
mmg payah nak dapat housemate yg ngam yg boleh bertahan lama..huhuhu...
owh...keje TPM..
bley ar dating kat petronas tu..
kah kah kah ;)
Azizah: i guess so.huh
KoQ: housmate memang dah ngam tapi jodoh tak panjang.
FARYN: nanti2 lah ;p
Kah kah kah :)
Post a Comment