Aku duduk dalam kereta. Apek ada di belakang. Brader Nonan jadi driver. Hari sabtu hari tu aku volunteer nak tengok macam mana satu lagi profession dekat Malaysia ni cari duit. Menyelongkar kedai-kedai halfcut di Selangor dan Kuala Lumpur. Tiada niat lain, sekadar nak tau macam mana profession ni boleh dapat gaji setinggi profession engineer. Brader Nonan ni gila-gila orangnya, asal selangor. Kepala botak. Muka pun ganas.
KL sesak teruk , dalam kereta aku baca paper nak hilangkan bosan. Masuk bahagian luar negara. Ada muka Syakira dalam paper.
"Aku suka betul Syakira ni, orang-orang latin ni memang cantik kan" - Apek bersuara.
"Ni awek gerard pique sekarang" - Aku taknak diam sahaja dalam kereta.
"Cantik-cantik, kau tengok Jennifer Lopez, Selena gomez tu semua kulit-kulit lebih kurang kita"- Abg Nonan menambah sambil menunjuk kepada warna kulit tangannya.
Mujur dulu kecik-kecik mak aku ada ajar macam mana nak jaga hati orang. Salah satu caranya ialah gelak kecil.
Kawan yang sebenar tidak marah bila anda mengutuk, mereka akan kutuk anda lebih lagi.Tapi dalam istilah bergurau yer .
3 comments:
Haha.Saat baca ini aku tersenyum sendirian.The last word tu touching sebenarnya.Totally agreed :)
yang last tu memang tepat!
:)
Post a Comment