09 March 2012

.R.I.P

Dah dua hari aku tidur lambat dan dah dua hari aku melepak dekat kedai arab dan kedai mamak sampai pukul 1-2 pagi. Sembang-sembang dengan kawan baru.Kawan baru yang aku kenal yang sanggup datang dari putrajaya semata-mata nak tolong aku tukar radiator kereta yang pecah . Sampai tengah malam tolong tukar radiator.

Aku lepak dengan diorang semalam dekat kedai mamak. Dekat meja sebelah menyebelah ada group budak remaja perempuan dan lelaki . Dari ramalan kami belasan tahun. Maybe 16-19 tahun. Yang perempuan dah macam artis yang lelaki dressing dah mcam K-pop. Yang perempuan just pakai short (Cheras kan panas), ada plak yang pakai just baju tidur tanpa seluar lepak kedai mamak.

Hisap shisha sambil perpegang-pegang. Tangkap gambar sambil lidah terjelir. At least kalau nak jadi liar sikit pun hormat lah dekat pakcik-makcik yang datang. Tak kisah pun kalau nak jadi liar, maybe they're having some fun. Some naughty time. It's up to you adik adik , tapi don't buat it too vivid dekat tempat awam.

Yang aku notice bila ada girl bangun nak ke tandas, lelaki yang ada kat kedai mamak semua pakat-pakat usha. Lepas tu perempuan tu akan notice lelaki-lelaki akan usha dia, ada senyum sedikit di hujung muka.

Dulu time belasan tahun macam ni, takdelah teruk sangat aku rasa kawan-kawan aku. Yang sehajat time batch aku pun tak jadi macam ni. Lepas tu aku tengok isu budak hina agama dan mabuk atas katil hotel yang jadi isu baru-baru ni.

So, let's do some cheers sambil minum teh tarik.


"R.I.P 1980's... The last generation with common sense and good behaviour- Fuz"



7 comments:

yunovelis zarai. said...

haih. i wonder what are the 1970's thought of us back then. sigh...

NADIA vs BERON said...

early 90's pun baik2 la. haha :P

Alip Apai said...

Yes. Cheers!!

Azizah Alwi said...

kalau ada button like nak je aku like statement Nadia tu.Tapi bila tengok balik budak2 sekarang makin lama makin rosak.Makin jauh dengan Tuhan.Entahlah.

tia said...

naseb aku xde adek, kalau x mmg x bg keluar rumah klu budak2 zaman skang prangai camni!

Fuz said...

Zarai:i wonder it too.

nadia: prove?haha

alip apai: ahah.

azizah: no komen.

tia: ai, kekasih lama (nada p.ramlee)

♥CIK SHA♥ said...

budak zaman milennium..esok anak kite macam mna pulak la kan..risau aku nak beranak..(-_-")