14 March 2012

.Kelas Sains Cikgu Fatimah Az Zahra.

Tahun ini PMR bagi Abu , Anas  dan Afzan jadi mereka mengikuti kelas sains cikgu  Fatimah Az Zahra setiap minggu. Cikgu Zahra ni kalau mengajar sains suka kaitkan dalam kehidupan harian. Sebab tu kadang-kadang kalau kelas 2 jam, sejam je habis untuk Cikgu Zahra bercerita.

Ada satu hari Cikgu  Fatimah Az Zahra bertanya pada murid-murid bertiga.

"Ok, ini out of topic la sedikit. Dalam kehidupan harian hampa bertiga apa benda sains atau teori sains yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kamu. Tak kisah la dari segi teknologi, gadget atau apa benda sekalipun yang melibatkan teori sains dalam kehidupan harian. Ok, siapa boleh jawab?"

3-3 diam seribu bahasa.

"Kau la jawab Afzan"- Abu dan Anas menyuruh.


"Err..." - Afzan cuba menjawab walaupun terpaksa.

"Ada satu experimen dalam sains ni hipotesis dia lebih kurang mcam ni cikgu : kalau jatuhkan bola atau kita jirus air dari tempat tinggi, makin jauh bola tu melantun atau makin tinggi dan jauh air tu memercik".

"Jadi, apa yang kamu rasa kamu aplikasikan dalam hidup kamu?" Tanya cikgu Fatimah Az Zahra.

"Saya rasa sebab tu la dalam Islam tak bagi kita kencing berdiri, nanti air kencing tu boleh memercik dekat seluar or kain, percik tu kadang-kadang kita pun tak nampak, sebab tu kita ni tak boleh kencing berdiri cikgu, kena kencing duduk" - Jawab Afzan.

Terburai gelak tawa Abu dan Anas dalam bilik tuisyen tu.

"Kau ni takde contoh lain ke nak bagi, contoh pasal kencing jugak nak bagi, ape tah"- Abu menegur.

"Entah, kotor dan bodoh betul la contoh kau ni"- Anas menambah.

"Habis, kamu berdua ade contoh lain?" Tanya Cikgu F.A.Zahra.

"Tiada cikgu"- Jawab Anas dan Abu sambil menyambung gelak tawa.


Dulu dekat U aku banyak jumpa orang macam ni. Malah sekarang pun aku masih terdengar dan terserempak dengan Abu, Anas dan Afzan. Orang yang takde idea tapi nak gelak dan mentertawakan idea orang lain. Kalau idea Abu dan Anas lebih baik sekalipun, diorang tak berhak nak kutuk Afzan.

Aku yang sekadar memerhati dari jauh ni yakin orang macam Abu dan Anas tu takkan berjaya tinggi mana dalam hidup.



P/s: Start minggu depan kalau tiada apa masalah, aku mungkin akan jadi Cikgu Sains part time. HAHAH.

5 comments:

Azizah Alwi said...

yeay.Selamat malam cikgu! Dekat sini pun memang ramai yang berperangai macam tu.At least Afzan tu mencubakan? :)

♥CIK SHA♥ said...

wahhh..selamat menjadi cikgu sains part time!mengajar tu bagi ilmu dgn ikhlas oke!


bab yg kat atas tu aku pun setuju..yg akan pergi jauh ialah org mcm si Afzan..

F A R Y N said...

hai cikgu! :)

GigiWangi said...

Memanggg ramai orang macam tu. Arghhh. Orang2 mcm ni lah yang boleh men-down-kan semangat orang lain.

So, lepas ni org mcm Afzan mesti tak confident lagi nak bagi pendapat dia kan. Sbb takut kena gelak.

Fuz said...

anda semua betul :P and hello gorgeous.