10 April 2012

# 5

Sebab apa tuhan jadikan manusia ni bermacam-macam jenis? Sebab dari bermacam-macam jenis orang itulah yang akan timbul conflict, dari conflict tu la life seseorang tu akan dipanggil the real life. Kalau semua orang jenis pakai ketayap atas kepala, dah siap-siap beriman aku rasa tiada amar makruf nahi mungkar. Tiada conflict, dan bila orang cakap, semua akan rasa benda yang sama, angguk-angguk tanda setuju.

Life akan jadi boring.

Sama juga kalau kita terbalikkan. Cuba bayangkan kalau tuhan jadikan semua jenis macam iblis perangai. Nauzubillah.

Sebab tu kat dunia ada orang yang jenis suka maki orang bila dah naik atas, sebab tu ada orang suka jadi riak bila ada kelebihan, sebab tu ada orang jenis kedekut, sebab tu ada orang jenis pemurah, sebab tu ada orang jenis "selenge".

Dekat ofis aku ni, ada seorang abang, gaji besar tapi dia dressing kelakar. Maksud aku dengan gaji dia sekarang maybe dia boleh pilih nak bergaya-bergaya macam orang lain.

Ok, cuba bayangkan.

Gaji mamat ni dah 5,6 ribu. Tapi dia suka pakai tali pinggang yang terlebih panjangnya sambil pakai baju dalam hitam, dan pakai kemeja size besar dari sepatutnya. Kadang-kadang, mereka jadi sumber hiburan untuk kita, kadang-kadang jadi sumber kita fikir pasal apa mamat ni pakai macam tu even dia boleh looks better.Tapi dia tak kisah. Sebab tuhan dah jadikan dia macam tu, bukan dia jenis tak reti bergaya. Mungkin sebab tuhan dah jadikan dia jenis tak kisah kalau orang nak tgk macam mana pun, yang penting dia rasa selesa.

Itu lah yang dipanggil variable.

Kalau semua orang nampak perfect, kemas dan sama macam orang lain. Boring, takde benda orang nak cakap pasal tempat sementara yg kita singgah ni.


Jadi kalau luorang jumpa macam-macam jenis orang yg tak expect pun dia macam tu. Tangani je dengan cemerlang sebab semua orang tak sama jenisnya.Sebagai contoh, kalau ada blogger macam En.Fuz ni yang jarang-jarang update blog, tulis pun biasa-biasa akan ada orang yg suka update blog dengan tulisan yang puitis. Nak cover balik kelemahan en.Fuz ni. Sama juga macam semua benda.

Boring tak kalau ada 5 orang macam Aaron Aziz dan 10 orang macam Lisa Surihani. Mesti orang jadi tak kisah.

Life jadi boring.


Setengah orang bukan dia tiada pilihan nak act macam mana orang nak dia act like tapi sebab tuhan dah jadikan dia macam tu.

Macam mana tuhan boleh jadikan aku type entry ni tanpa edit dan check error, i'm just writing and until my mind go empty , aku terus tekan publish. Ini pun variable.

Ok, sekarang faham tak macam mana aku sangat kagum dengan semua benda yg tuhan jadikan untuk buat life kita ni jadi warna-warni? Faham tak?

 X faham?

Tgk, tuhan dah jadikan seorang lagi manusia yg tak boleh faham benda mudah macam ni, mungkin awk lampi. HaHaHa.

4 comments:

NADIA vs BERON said...

haha da lama x gune word 'selenge'

♥CIK SHA♥ said...

true! kita semua ni dijadikan berbeza-beza..takkan ade yg 100% sama..even kembar pun berbeza jugak sikap mereka kan?

rabiatulpaid said...

ye mg sye lampi.HaHaHa.

nurkaloi said...

nice color kannn ???

kaloi lampai not lampi
coz i faham heheh