Kadang-kadang kita perlu rehat dari kerja tapi....
Sambung ayat di atas untuk kepuasan diri sendiri. Tiada hadiah atau pun pertandingan untuk benda sesimple ini. Tambahan pula sy bukan blogger famous. Ekeke.
Sambil pasang rokok, Hidir tanya aku
"Macam mana kerja?" Sambil menghembus asap O.
"Macam tu la abang, dapat bos workaholic, nak expect ape?" Aku tengok kotak dunhill dah tinggal sebatang.
"Rabu dengan Khamis lepas cuti ke bang, pergi mana?" aku bertanya.
"Saja cuti. Kadang-kadang aku perlu rehat dari semua ini"- Hidir menjawab ala-ala tengah berlakon dalam drama petang Astro Ria.
Isnin lepas aku cuti. Semalam baru aku masuk ofis. Masuk-masuk ofis ada yang tegur lama tak nampak aku. Itu petanda baik, bila ofis sebesar ni perasan dengan kehadiran anda.
Aku tak pasti sama ada aku nak cakap reason yang sama Hidir cakap atau tak. Dah 2 bulan badan aku kerja Isnin sampai Ahad. Oh, weekend tu kerja yang aku cari sendiri. Bosan. Dan aku admit badan aku penat semacam. Tu belum kira macam mana aku dengan housemate boleh bertekak dalam sms. Masing-masing dah penat. Masing-masing dah ego. Malas aku nak cerita. Aku bukan kaki gaduh, jadi lepas solat aku doa je yang baik-baik tentang episode pergaduhan dengan housemate sendiri.
Kadang-kadang kita perlu rehat dari kerja tapi ape pasal cuti 4 hari dekat KL ni separuh hari pun aku tak rasa. (10 Markah)
4 comments:
kena pi holiday ni :)
tapi rehat x akan tenang selagi keje belambak. hmnnn..housemate sesame lelaki pun bleh gduh jga ek,ingtkan perempuan je jnis gaduh2 n cerewet.
percutian btul2 rse bcuti prgilah ke mna2 pulau lihat alam, langit n laut membiru mmng bebas dari keserabutan.
Oh.Aku terbaca sudah 2 minggu aku kerja Isnin sampai ahad baca lagi sekali oh tidak 2 bulan rupanya.Jaga diri Inchek Fuz :)
rajinnya keje sampai ahad.. hebat..hebat.
Post a Comment