29 June 2012

.#6

Dulu, Waktu aku, B dengan C duduk rumah sewa di Penang. B ada tanya aku, macam mana agaknya jiwa orang yg tak solat ya?

Aku rasa kosong.. kot. Aku pun tak pasti. Aku tahu B merujuk kepada C. C dengan sesama insan,  siapa pun akan rasa pleasure with cuma dia tak solat. Tapi dia layan orang as best as he could.

Cuma aku rasa kalau dari kecik, budak yg dah dibesarkan dengan suasana orang bersolat, dapat jelingan tajam kalau azan dah berkumandang masih duduk depan Tv tengok rancangan 3R, mungkin bila dah besar panjang, bila dah tegal biasa, dia akan rasa tak senang duduk kalau tinggal satu waktu solat.

"Kalau nak tahu, cuba la" . Aku jawab soalan dari B.

Aku pernah tanya dan dulu aku pernah jugak aku ringan-ringankan. Aku boleh cakap, kalau sekali kau dah terbiasa tinggalkan solat, nanti rasa bersalah bila tak solat makin lama makin tiada. So, tak payah cuba la.

Dalam family aku, aku akui Lelaki tampan plays the main role dalam cerita ni.

Dulu kami adik-beradik suka tengok cerita cina pukul 7 sampai 8. So, LT akan tanya nicely everyone of  us. Kadang-kadang nada dia kasar sikit and to be honest sometime a little bit annoying bila the same thing being repeated in a time. Terutama bila dalam hati kau memang bukan nak tinggal solat, tapi just nak tunggu iklan dekat Tv.  We were just like " Ye ye, nak solat, sabar le, tunggu iklan jap".

Tapi itu semua dalam hati la.

But when you grow up. Dah pandai pikir itu ini. Rasa respect dekat LT dah jadi kurang daripada rasa bersalah pada Tuhan. So, what LT had done worked.

Sekarang pun dah besar panjang. Dah boleh tahu, apa kenapa dan dah bolehkan ikhlas hati nak tunaikan yg lima daripada rasa terpaksa nak turun, naik, bongkok, sujud jumpa tuhan 5 kali sehari.

Cuma, mostly dalam fikiran budak-budak kecik, lagi kau membesar panjang, lagi senang kau faham dan penuhi kehendak tuhan. But apparently what supposedly to be is never be like that. Dah besar ni lagi ranjau dia besar utk kau betul-betul kenal Tuhan.

Macam mana aku terpaksa cakap aku sakit perut dan suruh brader-brader runner yg 10 tahun lagi tua untuk singgah petronas yg ada surau untuk aku "berak".

Dah besar, so pandai-pandai lah handle.

Aku pun tak perfect, aku sekarang tengah berusaha nak imunkan kepala aku dengan benda ni.

"Kau spend 5 minutes untuk Dia, Dia spend 5 hari untuk urus dan mudahkan engkau".

Apa macam? Dah imun?

5 comments:

Yodd said...

Aku pernah lepak dgn dua org kwn aku time lunch. Selalu 5 org tp 2 org tu absent so bertiga jelah.

Situasinya A dan B serumah tp that day B absent. Dia MC. Jadi yg take lunch 3 prg kat sini aku, A dan C.

C : emm, C nak tanya skt ni. jgn marah tau. saja je.

A : apa?

C : C tgk kat opis, B tak pernah solat pun. dia solat kt rumah ke tak ke dia mmg tk pnh solat?

A dgn B mmg rapat. Bestfriend. Cuba lah bayangkan apa A nak jwb. Aku sendiri yg dlm situasi tu pun tkthu nak react mcm mana. Aku cuba terdetik dlm hati, kalau hal solat cukup @ tak ke tinggal solat ke bg aku better takpyh tanya. Itu hal diri org tu dgn Allah swt. Seryesli, aku rasa C tu mmg tak patut tanya mcm tu. Nak menegur boleh tapi ada cara yg lebih baik aku rasa.

At last, masing2 tak bertegur sampai sekarang sbb A dah cerita semuanya kat B. Heh.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

aku suka kalau orang tegur aku bila aku terlalai...

aku selalu lepak umah mak sedara aku biarpun anak2 dia dah besar panjang dia still ingatkan anak-anak dia pasal solat...

kalo ada yang terleka dia masih sntiasa bising untuk ingatkan mereka solat...

aku lbh suka begitu

missina said...

penah kene tanya mcm kt atas jugk,,cumanya sy tak cerita kt member yg ditanya tu,,hermm masing2 dah besar panjg,boleh fikir sendiri,,mungkin perlu ditegur,tapi ntahla,,terasa kdg2 diri sendripun tak sempurna sgt untuk menegur member tu,,

nunama said...

haha. true enough. :D

memang pon. masa kecil, ada je benda nak lengah2kan solat.
wehh! tengok gak cite cina 7-8 tu. Best kot! lagi2, kes polis la, investigate la. Kui3.
Abg polis kepala botak.

haisyhhh. Semoga kekal lah kita semua dalam kebaikan dan sentiasa melakukan suruhanNya! ^^

question last tu, aku suka. sindir dlm diam. hehe.

Fuz said...

Yodd: fair enough

GKSB: ingat-mengingatkan kan fardu kifayah

missina: tak perlu sempurna nak tegur orang. the time wont come.

numa: :)