28 June 2012

.Devils

Abang Long kursus di KL, menetap di hotel di Jalan Klang Lama. Aku masih meneruskan kerja memenatkan badan selepas waktu kerja, mencari wang saku lebih. Bulan lepas aku bagi RM500 dekat perempuan cantik. Rasa puas.

Abang Long bosan duduk hotel sorang-sorang. Lepas fix wiring kereta dia semalam, aku rasa nak tidur hotel. Bila badan penat, dapat katil hotel. I wish i could have 12 hours sleep without any sound disturbing my sleep. Jam 6.30 Alarm surah al-mulk Abong Long berbunyi.

* Ayat english di atas jika ditambah my sleep di belakang diconsider sebagai revising. So, just write it "without any sound distrubing" :)

Dua ekor Syaitan bergayut-gayut riang di kedua-dua bulu mata sambil kadang-kadang melakukan aksi akrobatik dan terjunan bebas.

Bukak-bukak mata, tgk Jam dah nak dekat pukul 7. Al-Mulk ke mana, cadangan nak breakfast di hotel ke mana. Aku bukak langsir, berpusu-pusu kereta dan motor menjalankan peranan masing-masing menghantar tuan masing-masing ke tempat kerja.

Masuk bilik air, pasang air panas. Aku biar air panas membasahi kepala, kadang-kadang termenung mengenangkan kehidupan serba-sederhana di KL sambil memejam mata membiarkan air-air panas membasahkan kepala.

Sarung kain pelekat dan baju Retro biru perlahan. Aku pandang Syiling bilik hotel, bentang tuala muka mengikut arah yg ditunjukkan.

"Subuh gajah" Bingkis hati perlahan.

Baru nak angkat takbir, rasa bersalah muncul disinari cahaya terang matahari terbit.

Tak boleh jadi.

Langsir hotel ditarik rapat menggelapkan bilik hotel.

Hilang sedikit rasa bersalah,

"Allahuaakbar"


Semalam Portugal kalah 4-2. Semalam aku pun kalah. Iblis 6 , aku 0.


2 comments:

FVN said...

nak gelak kuat2 bley tak?
hahahahaahaha....

part tarik langsir tu tak boleh blah eh :P

Fuz said...

FARYN: HaHaHa