25 July 2012

Bahut!

Haji Ibrahim ni tempatnya di belakang aku. Tapi jarang dapat sembang selalu. Group dia banyak pergi out station. Jadi jarang-jarang aku dapat jumpa. Dan setiap kali jumpa mesti dia akan salam aku dan  mesti ada dia bagi aku 'instant singer tea, tea cameroon dan sesame biskut' yg dia simpan dalam laci.

Tadi dia ajak Kimin dan Aku ke Giant Kinrara, ada meeting dengan dealer CCTV. Maklumlah, dah nak dekat raya, ada cctv yg kita boleh observe pakai smartphone agak cool dan terasa selamat, at least tidaklah terasa risau sangat waktu tengah pelahap makan rendang ayam waktu raya nanti. Naiklah aku kereta Honda Haji yg mewah tu.

Lepas keluar Giant, Haji kata kita zohor di pejabat , senang parking dan risau terlewat.

Tengah lalu satu jalan azan berkumandang.

Haji cakap.

"Sy ingat nak Zuhur di surau office, tapi kalau dah dengar Azan tapi tak pergi rasa macam degil pulak kita ni"

Haji singgah di masjid Kinrara, kami solat jemaah zohor di masjid tu. Banyak jugak saf yg penuh time Zohor macam ni. Ramai lagi yg mengejar Syurga.

Org Perak cakap bagi org yg degil ialah "bahut" . Ini PC yg ajar aku dulu.

Gila bahut gila aku selama ni, solat Zuhur sorang-sorang.


5 comments:

Ardini Humaira said...

maksudnya degil ya :D

xazuraxabux said...

errr..saya pun sama...T__T

bukankosong said...

bahut = degil ?

Fuz said...

yep, degil. tak dengar cakap. Heheh

SaddLone said...

bahut betul perut aku hari ni..hehe