Tiada apa yg menyenangkan di bulan ramadhan ni bagi org bujang macam aku bila hanya dengan 4 langkah dari pagar rumah, ada satu deretan panjang bazar ramadhan . Tak payah start motor, tak payah naik kereta, kalau jengket pun boleh sampai. Itu belum kira aroma ayam dan menu lain yang menusuk hidung seawal jam 3.
Aku balik kerja dekat pukul 6, sampai-sampai aku akan baring atas katil dan layan movie Dexter satu episode dekat hanphone, lepas habis baru aku salin baju dan "menjengket" ke bazar.
Berbukalah seorang diri sambil melayan bebapa muzik video yg dah di"playlist"kan. Lepas magrib badan terasa penat, lalu janji dibuat . Tidur sementara itu perlu untuk solat tarawikh dan isyak yg lebih kusyuk. Berjanjilah kepada diri bahawa, akan bangun tepat jam 8.45 dan bersiap-siap berjalan kaki ke masjid berdekatan. Lalu mata pun terpejam.
Terdengar bunyi hanphone berbunyi, terlihat jam di dinding, menjangkau jam 1.15 pagi.
Janji dimungkiri.
Semalam hari kedua janji dimungkiri dengan kronologi peristiwa yg hampir sama cuma hari pertama jam mengenjak ke tepat 12 malam.
2 hari berturut solat sunat bukan di masjid.
Untuk stay awake sampai pagi bukanlah satu idea yg brilliant tapi cubaan harus dilakukan. Maka, terjadilah peristiwa tidur, bangun dan tidur semula untuk beberapa ulangan.
Lepas subuh, aku baring memanjakan diri di katil dan sekali lagi movie Dexter dipasang untuk episode seterusnya. Bila jam menginjak ke 7.45 barulah terasa rajin untuk menggapai tuala utk proses penyucian diri.
Jam 8.30 aku tiba tepat di pintu utama office. Aku turn on PC. Tiada lagi bancuhan coffee sepertimana biasa. Aku check e-mail, dan surf beberapa laman web wajib. Sudah 2 minggu task tiada. Teringat pula pada nasihat si senior untuk tidak menunggu kerja sebaliknya gunakan internet office yg kadar lajunya 1.0Gbs untuk belajar designing. Itu yg dirancang tapi tidak terjadi untuk 1 minggu ni.
Faisal tahu masalah aku, macam cacing dan lost kalau kerja tiada. Aku tengok staff lain pun sama. Surfing. Tiada major design dan troubleshooting yg dihadap.
"Macam ni keadaannya kalau jadi company project base R&D" Cakap Faisal cuba menyedapkan hati.
Lalu karangan ini pun dibuat untuk menghilangkan rasa bosan melampau aku untuk 3,4 hari ini.
Mungkin aku patut buat benda yg berbulan-bulan aku tak buat.
Update resume dan contact Kak LIN Jobstreet. Tapi tidak ada makna kalau knowledge dekat company ni aku tak grab dulu.
So, tak reti-reti nak buat something yg berfaedah ke awak??
3 comments:
untungla ko
aku masuk keje je, bertimbun menanti
tp okla...sedar tak sedar dah nak balik dah
jom3 buat benda berfaedah hehe
hahahaha..aku paham perasaan itu..pernah mengalaminya..
ko pergi la buat something berfaedah..;p
Post a Comment