09 July 2012
Jumaat 1
Aku suka solat jumaat dekat masjid seri petaling sebab suasana dia yg selesa. Selalunya masjid ni melimpah-limpah saf sampai ke luar. Masjid ni penuh dengan budak tahfiz dari luar negara, Kombodia, China, Arab dan tak kurang dari utara Malaysia. Dah jadi macam pusat hafazan.
Dulu
Aku selalu datang awal, masuk masjid solat sunat dan beriktikaf. Kalau rajin aku bukak aplikasi android baca tafsir.
Sekarang
Aku lagi suka duduk tepi bukit ni merehatkan perut yang kenyang sambil tengok pemandangan keliling. Melayan sedikit nikotin sambil memikirkan certain things yg arise dalam kepala untuk the past 4 days. Dan selalunya, tiap-tiap minggu benda yg aku menungkan mesti lain-lain dan tak sama.
Benda yg aku menungkan minggu ni:
Berapa ramai antara kita yg tercapai nak duduk rumah Idaman dalam usia yg muda?
I mean dengan kos hidup sekarang tak berapa selari dengan kelulusan yg ada? Seems this kind of dream and world punya flow ni applicable utk orang yg ada income yg hebat-hebat sahaja. Aku tak rasa design engineer makan gaji macam aku dan yg lain ni nak dream tinggi-tinggi.
Salah satu sebab Ya,
Sebab Malaysia tak upgrade lagi taraf gaji yg selari dengan kelayakan. or salah satu lagi sebab mungkin sebab aku or yg rasa macam ni tak cukup dengan apa yg ada.
Or ,
Mungkin sebab aku tengok rimas tengok orang melayu yg asyik duduk rumah kecik nak dibandingkan dengan kaum lain.
Or,
Mungkin sebab impian aku tinggi-tinggi.
Or,
Mungkin aku patut dengar cakap Hamka.
"Apa yang kita ada ni, tara tu la tahap kita, itulah rezeki kita"
Lepas dengar Azan Second, aku pun bergerak masuk ke dalam masjid. Time ni selalu masjid dah pack. Kalau ada ruang selesa aku rajin-rajin kan solat sunat. Kalau tak, aku terus duduk di ruang-ruang yg pack tu. Tengok, padahal aku ada pilihan nak masuk awal duduk tempat selesa dalam masjid.
P/s: kan aku kata, i'm getting lazier form day to day.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sorang2? Apa yang kau termenungkan?
sorang2 lagi feel. takde gangguan . Heh
lawa lighter :P
layan perasaan nampak..
waahh! inilah yang dikatakan, tahu, faham tapi tak amal. Rasa macam....malu tak?
Wake up Fuzz!!! Find the right path. Semoga jumpa "ketenangan yang abadi". ^_^
Insyaallah.
Post a Comment