27 August 2012

Ryn Ryn punya cakap banyak.

Suatu hari nanti semua orang akan ada turning point. Berubah ke arah elok lagi, atau dahsyat lagi. Sendiri yang pilih . Doa biar yang elok.

Semua orang ada  double life at last. One on all of these social networking thingy, one in the real world.  Its nothing wrong. Just jangan pura-pura.

Aku akui benda ni dan aku rasa korang semua merasa tempiasnya, tapi kalau ada yg ada single last aku salute habis itupun kalau dia tak hipokrit.

Dulu waktu tengah hebat bermain futsal, team aku selalu di jemput lawan stranger. Dan selalu bila aku jumpa team yg first appearance diorang dengan rambut pacak Zaquan Adha, kasut ala-ala Messi, dan rokok tersemat di mulut dengan muka sedikit bangga.

Aku akan assume,

Wah, mesti hebat ni. Dashyat.

Tapi lepas lawan, main macam haram. Tak mencabar lansung.

Ok, cerita kat atas ni tiada mengena dengan apa yg aku cakap mula-mula tadi.

Sekarang baru aku teruskan.

Aku banyak perhatikan, orang akan jadi orang lain bila face situasi tertentu. Kawan aku ada yg simpan koleksi porno berpuluh-puluh G tapi orang tak tahu apa-apa. Kawan aku ada yg nampak macam Imam muda surau kampung, tapi kaki merosakkan dara orang.

Aku pun kadang-kadang tak lari dari benda macam ni. Contoh, kau nak tunjukkan something yg suci yg ada dalam diri but at the same time kau tak ready nak show benda tu sebab current attitude yg tak berapa nak budiman dan beriman. Benda ni la aku panggil double life. Dekat FB rasa life dia ni macam cool gila, minah ni macam sweet gila. Tapi the truth, bukan main jauh. Susah kalau nak kdetermine mamat/minah  from the very first look/word. Payah sangat.Dari social networking lagi la payah.

Malas pulak nak menulis panjang-panjang ni. Isi pun tak berapa nak betul biarpun ada benda nak cakap.

Senang cakap, aku harap satu hari nanti kita ni di penghujung semua ikut turning point yang betul.

btw, ada sape yg nak kenal dengan Ryn Ryn kawan sy ni? Serius boleh buat kawan.


4 comments:

karenontheshore said...

dont judge a book by its cover.

moga hujung pengakhiran kehidupan berada kesempurnaan di mata tuhan.

xazuraxabux said...

privacy?

FARYN said...

saya!!!

Shahada Fauzi said...

adakah situasi di atas ni boleh dikira macam seseorang tu ada split identity? ke takde kaitan? hehe..