16 August 2012

Kawan Baik & Lelaki Tampan

Dulu aku pernah cerita. Dari Form 1 sampai form 3 aku kelas no.2. Sebab tak masuk kelas no 1 sebab dia kena ambik arab. So, kelas no 2 ni ada 5 sekawan yg suka belajar (konon). 5 sekawan yg selalu bersaing siapa dapat no best dalam kelas.

Faris, Syam, Muzakir, Harith dan SAYA.

Aku nak cerita pasal Faris. Aku dengan dia dulu agak rapat, sebab aku selalu datang rumah dia.
Faris orang biasa, ayah meninggal waktu kecik, mak kerja kilang. Time tu keluarga aku especially ayah aku selalu bagi dia duit kalau dia datang rumah atau apa.

Sampai form 4. Dia masuk STAR. Start situ aku jarang jumpa. Cuma kalau dia balik cuti, bila jumpa. Kami jadi gila-gila balik. Especially time raya, Mak dia bila aku datang raya, tiap-tiap kali ucap terima kasih untuk parents aku sebab banyak tolong Faris dulu.

Itu hari waktu aku balik rumah.

Faris dah nak kahwin bulan 12 ni. Balik-balik dari Rusia itu hari, dapat kerja terus tak tunggu lama.

Alhamdulillah, akhirnya playboy macam dia dapat jugak memilih satu bahu dalam banyak-banyak bahu untuk disandar sepanjang hayat.

Aku tumpang gembira dengan berita tapi berita tu sampai dari ayah aku sendiri. Mak Faris yg bagi kad jemputan.

Itu takpe lagi. Tapi nada dengan pandangan lelaki tampan tu lain macam pulak.

Haiz.

3 comments:

FARYN said...

cakap kat ayahanda, saya tunggu angel from heavennnn.. mwahahahaha

bukankosong said...

mesti nnti owg akan tanya

ko bila lagi?

Fuz said...

FARYN: will do. Hehe

Bukankosong: Selamat dia tak tanya lagi.