Kelmarin waktu perjalanan ke kereta lepas aku bawa abg long mencari juadah berbuka di Tun Hussein Onn Cheras, aku tengok abg long bertegur sapa dengan seorang lelaki.
Agak suprise jugak suasananya. Aku ambik keputusan masuk dan tunggu sahaja dalam kereta, malas mahu berfriendly sangat petang-petang macam ni.Cukup sekadar memandang muka dan senyum yg tak berapa nak ikhlas petang tu.
Abg long masuk dalam kereta.
"Kawan abg long dekat UIA dulu, Killer kitorang takraw dulu, bertahun tak berjumpa".
"Oh, patut la lain macam je greeting"
"Itu kawan abg long yg paling alim, isteri dia pun cantik comel, warak macam dia jugak".
Aku sempat usha wife kawan abg long tadi, cantik orangnya dan yg paling penting sejuk mata memandang.
"Tuhan dah sebut mesti dia tunaikan, org yg baik untuk perempuan yg baik" Jawab aku ala-ala Ustaz Don.
"Ha, betul dah tu, itu janji tuhan".
Lepas tu aku kami lalu di sebuah masjid yg dalam pembinaan.
"Subhanallah, cantik betul masjid baru ni. Indah betul rumah Allah ni, subhanallah Abg Long" -Ustaz Don
Lepas tu Abg Long usha pelik.
Kah3x.
2 comments:
tu dia ustaz!
:P
Post a Comment