26 September 2012

Muka ketat dengan sayang ketat-ketat.

Semalam ada budak perli aku, budak muka ketat macam aku ni pun ramai kawan.

Farah plak selalu perli aku, muka ketat tapi tengok Adam Hawa. Aku just senyum.

Muka yg ketat ni dalam hati dia ada pasir yg halus sehalus yg ada di persisiran pantai.

Tapi Idrin tanya, pasir persisiran pantai tu bersih ke?

Macam mana aku boleh buat kawan yg ramai dekat Matrik dengan muka ketat ni? Dulu aku teringat time masuk Matrik. Ada dua orang je dari sekolah aku yg masuk Matrik yg sama. Matrik awesome, matrik Penang, KMPP. So, aku takde kawan. Tahu-tahulah kalau dari sekolah harian biasa, mana lah ramai yg masuk Matrik. Boleh dikira dengan jari. Ini semua gara-gara permintaan aku nak terima tawaran sekolah berasrama penuh dekat Ipoh tak dipersetujui PAMA.

Kadang-kadang aku nak tergelak bila terkenangkan reason PC yg tak bagi aku masuk SBP dulu.

1. Turun padang main bola

Ini cara paling senang nak dapat ramai kawan, sampai dekat U kalau ada budak yg nak bezakan seseoarang yg sama nama dengan aku, orang akan cakap Hakim bola. Baru budak kenal. Tak kisah la kau power ke tak, turun je dulu. Mesti dapat ramai kawan.

2.Tak sombong

Aku ni bukan jenis banyak cakap dulu, jadi kalau dah betul-betul kenal baru orang tahu aku jenis macam mana.Yg penting jangan la sombong, kalau orang ajak sembang kau sembang.

3.Turun Surau

Turun ke surau sekerap mungkin. Orang yg turun surau ni senang betul dapat kawan. Basically, kalau dah habis solat. kau akan salam orang sebelah, dari senyum-senyum hari pertama, boleh bawak ke tegur menegur pada hari ketiga dan seterusnya.


Ini method orang muka ketat macam aku. Jarang tersenyum.

Disadvantage dia ialah perempuan takut nak dekat. Tapi dalam takut nak dekat tu, boleh la jugak nak buat novel cinta 3,4 versi. (ekeke)

Most of kawan perempuan aku dekat U (budak course lain) baru sekarang approach aku dan admit something.

"Selesa sebenar nya kawan dengan ko ni, dulu takut nak tegur"


Bulan lepas ada budak perempuan course lain mesej aku dekat fb, we had some chat. Dia budak yg aku tegur waktu duduk sebelah dalam bus waktu OTW nak pergi exam Mathematic waktu sem 1.

Dia suruh aku selak langsir bus sebab gelap sangat. Aku pun selak. Dia senyum, aku buat muka tak berapa nak senyum. Waktu dah turun  bus,Aku cakap dekat dia,

"GUD LUCK utk Paper ni".

Dia senyum, aku senyum la sikit.

Tup tap, dia jadi GF kawan baik aku dekat U, tapi maybe sem 4 macam tu. Member aku tu plak member baik aku sebab satu course dan satu team futsal, time tu futsal tengah gempak. Semua tournament masuk, majoriti tournament kitorang menang termasuklah Johan Futsal Inter College dan jugak bola sepak pantai. She came supporting every game. I was wondering yg dia still ingat aku yg aku pernah tegur dia dulu waktu sem 1 ke tak. Just hope she didn't. sebab to be honest aku suka tengok dia waktu dalam bus dulu, pakai tudung n baju kurung kuning cair. Dulu ada la jugak hati.


So, last month dia cakap. Sepanjang 4 tahun belajar dia teringin nak sembang dan cakap-cakap dengan aku tapi dia ada dengar member-member aku cakap yg aku ni memang macam ni. Tak layan perempuan. Aku betul-betul nak tergelak.

Nampak tak disadvantage kalau korang muka ketat ni?

Apesal entry ni macam tergantung je? elok la jugak pasal jam pun dah 5.27. Lagi 3 minit nak balik. Kalau rasa tergantung tu pandai-pandai la .

4 comments:

kLiPKeRt@sPiNk said...

Habeskanla citenye

xazuraxabux said...

walaupun muka ketat, tapi dalam hati tetap ada taman, kan? eh!

FARYN said...

muka ketat tapi sweet talker..oopssss!

Fuz said...

Cerita dah habis :P

Bukan taman, hutan siap.

U can evaluate as you have experience talking to me. So, no offense. HaHa