27 August 2013

-Apa rasa kena risik time raya?

Gua balik raya macam biasa. Mood pun lebih kurang sama macam tahun-tahun lalu. Hari raya bagi orang bujang ni tak seberapa, semakin hambar.

Gua sampai kg, raya ke-3. Tengah kusyuk tgk Estro HD sebab takde tetamu, mandak pun sampai.

Lepas gua salam cium tangan wish selamat hari raya , mandak tanya

"Macam mana, dah fikir?, kawan mandak ajak datang rumah beraya"

Kalau nak diikutkan banyak lagi plot cerita ni , start beberapa bulan lepas. To be exact, waktu gua balik umrah dengan Man Dak itu hari.

Plot cerita ada banyak lagi, tapi disebabkan gua baru lepas usha game chelsea dgn Manchester tadi, gua ngantuk gila, lepas Subuh gua memang nak tido balik ni.

So, gua pendekkan.

Ada seorang makcik (bos mandak gua) dengan anak dia, berkenan sgt dekat gua lepas mandak gua tunjuk gambar & cerita macam-macam. *Tolong jangan gelak

Nak dipendekkan cerita lagi, budak tu berkenan sangat dengan gua.  Elok pulak gua ni sepupu kepada senior dia waktu dia sekolah Hidayah Ipoh dulu.

Makcik tu kata, jangan risau pasal harta. Dia nak cari org yg boleh jaga dia dgn anak dia, pimpin anak dia masuk syurga.Harta dia insyallah kalau gua tak kerja pun boleh hidup. Elok pulak mandak gua bukak cerita, gua penah jadi bilal la, lead majlis agama la ape la.

Memang la dulu betul description tu. Tapi sekarang dah jauh rasanya (even baru balik umrah). Dah kurang buat pahala.

Atas desakan mak-mak sedara yg agak kepoci di kg.

Gua pun dengar mandak gua cerita pasal budak tu.

Budak ni islamik orangya, umur 23 tahun. Dah pun mengerjakan haji,so Hajjah XXXXX la kiranya. Orangnya baik, bertudung labuh. Masih menuntut di UniKL ke apa gua dah lupa. Selalu join event qiamulai di KL. Selalu bangun bertahajud. Anak tunggal.Lembut orangya. Dulu sekolah agama di Hidayah.


Cukup la gua bagi sikit2.

Nak dipendekkan lg cerita, gua refused nak ikut mandak gua g rumah makcuk tu time raya.

Bagi gua. Insyallah kalau ada jodoh. Ada la. Mandak gua ada save no telefon budak tu dalam hp gua. Entah macam mana gua takde dah no tu. So, gua assume, tak ada jodoh gua dengan dia.

Tapi gua ada instinct , She's not for me & I'm not for her.

Selamat mak Gua cool orangya.

"Carilah soulmate kamu yg betul, tapi jangan lama sangat".


Will do mummy, will do.

Apa rasa kena risik time raya......kalau yg kena risik tu lelaki. HAHAHA

SELAMAT HARI RAYA & MAAP ZAHIR BATIN.

A

5 comments:

tiafazunia said...

amboi! dah untung sangat dah tu. jadi apa rasa?

nurdani said...

wahhh...tu dia calon pilihan. dah ada yang berkenan. takpe, jodoh tu rahsia Allah. apa2 pun selamat bertemu jodoh :)

nadia shaiful said...

Tunggu apa lagi. saya pulak pernah kena approach dengan Ustaz. Kalau sebut maybe ada yang kenal dia siapa. Yang payahnya, kena tolak baik-baik sebab rasa macam kita ni tak sepadan.

Tapi kalau kes hang ni, cuba la bagi peluang kat makwe tu. mana tau boleh ngam.

nunama said...

Haha.

Mestilah excited! KOT.

TRUE STORY.
Kawan punya cerita.
Aku yang excited.

Raya ritu, kawan aku kena risik. Aku pon bagila tazkirah kat member suruh solat istikharah semua.

But end up, x jd. Sbb kawan x sangka yg bdk nak risik tu, 21 je baru. Tgh belajar lagi.

Kawan aku tu dah keje.
Dah satu malam kitorg duk gelak2 mengenang nasib. Ecewaah!

Tapi, ada konklusi.
Means, "jaga2, ada yang memerati!"

:p

Nur Atiqah Radzali said...

Hi Fuz,

Ni random ni. Baru jumpa blog hang dan aku gigih baca hampir keseluruhan post random kau. One word untuk kau - Power . Menulis macam kene dengan jiwa. Fynn versi lelaki.


Selamat Mencari Cinta kau ---> Refer kepada post kau 30th January 2014. HAHAHAHA
Jangan lupa blog pasal itu kalau kau jumpa ya ?


All the best Fuz. Selamat menjadi hamba. Selamat menjadi Muhammad Soleh kepada Lelaki Tampan dan Perempuan Cantik !

Assalamualaikum.