24 November 2013

-Definisi Well spent weekend (u define it)

Ni dah hari Ahad, benda rutin ni kadang-kadang bosan. Kalau sampai hari selasa, tak sabar nak tunggu hari weekend , dalam kepala dah plan macam-macam nak buat. Ada 5,6 benda dah rancang. Isnin tu jangan kira la, monday blues kan. Gua ingat nak usul kerja 4 kali seminggu dekat kerajaan, biar orang malaysia ni ada rehat yg cukup, tapi risau Bung Mokhtar tak sokong pulak.

Ni dah hari Ahad, semalam yg gua ingat, gua basuh baju, memasak, main guitar, layan EPL , lepas tu gua pergi midnight cinema, balik dalam kul 4. Lepas subuh tido, kul 9 bangun.

Ni dah hari Ahad, ada lagi 12 jam je lagi utk masuk kerja esok. Kalau ikutkan plan yg gua pada hari selasa lepas, hari ahad ni gua nak basuh kereta, lepas tu gua nak study utk kerja. Tapi up until now, gua baru je setel jumpa customer gua (part time). Yg lain-lain tak buat lagi.

Ni dah hari Ahad, gua tak layan Melodi. Gua kesian tgk wartawan melodi jaja cerita macam-macam. Takut gua nak fikir dia punya dosa tu being spread.

Ni dah hari Ahad, awek  KN tu tak respond dekat gua. So, gua ingat start malam ni gua nak jadi workaholic sikit. Org macam gua ni, kalau nak cari mood berkenalan balik lama rasanya.

Ni dah hari Ahad, gua pun dah lapar. Gua nak g belanja si Najib pecal ayam depan rumah tu ha.

Nanti kalau gua ada benda nak cerita, gua cerita lagi.

Hari ni kan hari Ahad.


No comments: