12 March 2014

Yusri dan Lisa Surihani

Gua ade kenal sorang minah ni. Cukup kalau gua cakap sekadar kenalan internet yg biasa-biasa sahaja. Tiada istilah cinta mahupun pujian2 utk mengambil hati cuma ada permainan teka-teki berdua.

She guess my age, i guess her age.

Output hanya satu, dua-dua ditafsir kawan masing-masing sebagai seorang yg mempunyai muka lebih matured dari usia.

She disappointed. Gua pulak dah lama rasa.

Tapi gua kadang-kadang just act steady sebab ada jugak yg pandai teka umur gua. Tapi so far, semua budak office ni sorang pun tak reti ambil hati gua lansung.

Gua suruh budak tu makan vitamin C banyak-banyak, kot-kot boleh nampak muda.

Gua tanya jugak, penting sgt ke nampak muda.

Dia cakap, perempuan penting la, laki-laki mesti tak kisah.

Lepas tu gua usha gambar budak FB sorang ni, Aina Husna namanya. Umur muda gua satu tahun tapi muka macam baru nak masuk 22. Gua berkenan sebab nampak macam budak-budak yg masih suci akal fikiran dan bersih hatinya.

Nak mengorat dah ada pakwe.

Pasal Vit C tu gua tak pasti pulak kesahihannya, sebb gua pernah tengok isteri bos gua, dulu muka kusam biasa sahaja. Itu hari jumpa bukan main cerah kulit, dah macam orang lain jadinya.

Bos gua pun kata isteri dia banyak shopping online.

Gua rasa dah patut dah gua buat jaga penampilan muka sikit, tidur awal. Basuh muka sebelum tidur, massage2 muka sebelum tidur.

Tapi kalau buat pun , bukan muka gua boleh turn balik jadi 4 tahun muda ye dak?

Malas la gua nak fikir.

Ni sape muka macam budak2, meh la kita berkongsi hati, gua rasa dah patut gua kumpul pahala berdua utk persediaan kehidupan abadi di akhirat kelak :)

Kah3



4 comments:

missShila Nget said...

aku pulak rasa sedih bila orang cakap macam baru 18..


takde karisma seorang wanita rasanya..

FARYN said...

dari muka budak2 baik cari budak muda terus... mwahahaha

Primadona said...

Tahun ni aku masuk 23 tapi ramai abang senior ingat aku baru 19 tahun.Muda tak? :P

Fuz said...

misshila nget: tak bersyukur lansung. haha

FARYN: 18 okay? haha

Primadona: diorang rabun & silau yg melampau.