14 January 2012

Hard spoken guy is talking.

Dulu waktu 4 tahun dekat U, aku jarang sangat nak sosial-sosial dengan gadis-gadis. Jiwa tengah rock, jadi haluslah kalau chat or tegur perempuan. Just nak masuk 2 tahun akhir baru la aku hafal semua nama budak perempuan yang pernah satu kelas dengan aku.

Sampai satu masa memerlukan sedikit sokongan si gadis-gadis yg tak pernah miss kelas, YM atau skype tu benda wajib untuk communication dua hala antara budak lelaki yg selalu ter "miss" kelas dengan budak perempuan yg sejak azalinya memang dilahirkan untuk tidak ponteng kelas.

Aku pernah bersosial dengan seorang gadis nak orang kaya ni. Pergi kelas pun naik BMW 5 series. Zety nama dia. Ada satu malam, dia cakap dekat aku:


"geng-geng aku perempuan aku cakap, kalau budak lelaki yang jenis sempoi boleh masuk kepala tapi paling soft spoken and comfortable to talk with, engkau la".

Dan macam biasa, aku menafikan. Sampai sekarang bila gadis cakap aku soft spoken. Aku akan nafikan.

Muka ganas macam ni dengan benda-benda soft spoken ni mana boleh bergabung.

Semalam Mr.Own kata dah nak sampai rumah, aku pun tunggu la lepak luar rumah. Dah dekat 40 minit tunggu dekat tepi pondok pengawal sambil bertwitter dengan Shila Hamzah, batang hidung Mr.Own ni tak nampak-nampak lagi. Hati tengah sejuk pun boleh jadi panas.

Aku pun type message.

"Aku rasa nyamuk dekat luar ni seronok la gigit-gigit orang yang tunggu luar lama macam aku ni"

Aku tekan send.

5 minit lepas tu aku teringat dekat Zety.

Aku geleng kepala. Tak boleh jadi. Aku type lagi.

"Weyh lahanat, hang mai naik unta ke kanggaro?"

 Aku tekan send.


Apa macam? Hard spoken tak?

7 comments:

nunama said...

hahahaha. :D

em better jadi diri sendiri kot.
takdelah teruk mana kalau soft spoken pun.
malah, orang lagi hormat.

persoalan: apa perasaan lepas hantar mesej tu? haha.

yunovelis zarai. said...

haha. biar la soft spoken. asal tak hilang jati diri anak melayu orang kabor.

Azizah Alwi said...

Aku baca " weyh lahanat, hang mai naik unta ke kangaroo? " dengan nada soft spoken.hahaha

rabiatulpaid said...

'Hard Spoken Tak ?'
Ermm boleh lah,haha.

tia said...

aku teringin nak tgk kau. mane gambar yg paling brutal sekali bak mai tgk!

Fuz said...

nunama: tak rasa apa.haha. besides, just sekali cakap tak mampu megubah diri sebnar seseorang kan.:)

zarai: masih tinggi jati diri ini.huhu

aa: eh, aku tak add twitter lagi.haha

rabiatul paid : aha.

tia: nanti la tgk, sekarang tgh pakai topeng. ;p

Azizah Alwi said...

lol.Perlu ke bagitau kau tak buat lagi.Cepat buat boleh berkicau bersama-sama lepas ni.haha :P