30 January 2012

Run Baby run, don't ever look back :p

Kawan aku senior engineer tweet,

"Seronoklah jadi orang kaya, sarapan hot dog hari-hari, belajar ala kadar, tak payah nak risau beli rumah, beli kereta, jodoh pun senang dapat sebab duit banyak. Semua dah siap. Tak payah nak fikir banyak sangat"

Aku tak tau la sama ada dia tweet sebab baru lepas harungi traffic jam di kota metropolitan dan tiba jam 7.30 dirumah dan keluar pagi pada pukul 7 tiap-tiap hari dengan pulangan gaji yang biasa-biasa sahaja di penghujung bulan dan impian untuk memiliki gadis-gadis comel untuk ditenung setiap hari dalam riwayat hidup tak tercapai.

Aku DM dia,

"Relax la brader, lu jangan terpengaruh sangat dengan drama melayu, dengan cara hidup orang kaya dekat Malaysia ni, drama melayu tv pun kalau boleh jangan layan sangat, pasal Syamsul Yusoff pun jangan nak ingat sangat".

Dia balas,

"Kah3x, saja melayan badan penat".



Lagi best sebenarnya kalau bila kita tengok atau sendiri rasa orang yang,

"Kerja part time semata-mata hendak merasa beli hp hasil titik peluh sendiri.

 Memerah idea menulis buku untuk hasil karya kita dinilai orang dan menjana income hasil penjualan.

Sedaya upaya mengubah nasib sendiri dengan kaki dan tangan kurniaan tuhan.

Jadi kutu yang mengutip besi atau apa sahaja yang boleh dijual semata-mata sebab nak tengok konsert rock.

Berusaha menawan hati si gadis dengan bermacam cara walaupun rasa diri tak sepadan and lastly berjaya"


Hidup ni survival baby. Kalau semua dah terhidang, tak best lah. Jatuh bangun itu semunya ada manis dekat hujung. Kena reject cinta 78 kali pun tak kisah kalau tiap kali kena reject tu semua ada pengalaman (ha, ini bukan aku la).Orang kaya tu ntah semua tu tak merasa. Kalau jenis tak berlagak dengan harta mak bapak lagi tak best ;p



Bak kata We the Kings.

"Lace up your shoes, Here's how We do. Run baby Run. Don't ever look back"

Let's sing together.




Kira aku pun kaya jugak makan hot dog pagi-pagi itu hari, (chuckle)

4 comments:

mie said...

layan juga lagu ni..
ehehehee

Unknown said...

erm..napa lepas baca ur ntry ni teruih tringat kat Bubba Gump Shrimp sunway pyramid..erm....

Fuz said...

lagu ini memang layan.

Shahada Fauzi said...

drama kan nak asyik tayang cerita org kaya2 je..;p

best pulak layan lagu ni..kih3..