31 January 2012

.Survival di Metropolitan.

Lepas aku bermastautin di Cheras, aku ada kenal seorang brader ni. Orang panggil dia Apek. Kenal pun sebab aku ambik barang kereta dekat dia. Soft spoken orangnya, salam tak pernah lupa bagi. Aku rasa pun dia baik orang nya. Orangnya pun tak berkira, bagi aku pinjam macam-macam.


Honestly, aku tak tahu sebenarnya dia kerja apa. Wife dia aku tau la cikgu. Tapi tgk gaya dia macam runner barang kereta sebab siang dia selalu ada, malam pulak tidur lewat. Barang-barang kereta dekat dia ni cepat sikit habis. Aku rasa sebab rezeki brader ni murah sebab jenis tak tinggal solat.


Semalam lepas dia tolong bersihkan adjustable kereta yg aku baru ambik dari seorang brader cina ni, aku keluar teman dia pergi jumpa customer. Ada customer nak tengok absober. Nak dijadikan cerita lepas dekat 2 jam deal, customer tu tak jadi ambik sebab aku rasa dia banyak songeh sikit.


"Biasa la tu, customer" -tenang Apek luah.


Apek cucuh rokok sebatang lagi. Jam dah pukul 12.30 malam. Otw balik rumah, ada panggilan masuk.

Apek macam biasa, salam dan soft spoken pelbagai.

Ada customer nak beli carpet toyota Harrier. Lepas tunggu customer baru cari jalan, kami jemput dia di tempat dijanjikan. Bawak ke rumah.

Brader yg keluar dari Harrier, gaya macam orang kaya wife dia pun segak orangnya, anak perempuan dia pun boleh tahan cunnya. haha.  Lepas tengok carpet, dia puas hati.


"220 tak dapat ke ?" - Brader gaya kaya ni menawar.

"Murah dah tu bang, tadi kan saya bukak 250,230 je boleh bagi bang, lagipunn barang orang ni"- Apek dengan nada redah dirinya sambil senyum.


"Ok la, kira murah dah ni, terima kasih yer , saya beli".- Brader kaya menghulur sekeping duit sambil senyum dan bersalaman.

"Tadi dalam phone dia mintak 200 dekat aku, aku tolak 200 macam kerja amal jadinye, orang kaya pun kedekut kan?"- Apek gelak.


"Berapa dapat Apek?" Aku tanya.


"Ini barang brader sebelah ni, tolong jual. Dapat la income 30 malam ni" -Apek membalas.




Jadi Runner barang kereta ni ada banyak jenis orang perangainya, yang nak makan banyak dengan member-member pun ada, yang nak makan berkali-kali ganda pun ada, yg jual sebab nak bagi makan anak bini pun ada.


Ini yang aku cakap kehidupan. Buat kerja halal walaupun banyak kerja untuk terus survival. Tak macam brader FB seorang ini, ada ke jual seat belakang dengan door trim sampai RM1.5k, tu nak makan berganda namanya. Gila!

5 comments:

anonimes said...

disebabkan memang tak paham perihal mobil ni.

satu je nak komen, orang cheras? high five! sebab baru je dapat status penduduk sementara sana.

Aleen Aiden said...

aku nak komen pasal barang kereta aku tak tau.jadi aku bukak cerita lain.
lah, duk ceras ke rupanya? dah dekat dah tu..keh3

Fuz said...

aleen: setakat ni mampu duduk cheras sahaja.aha.

aleen: nak ajak buat blind date la tu. tak habis2. hahahah

Primadona said...

Kan best kalau semua orang macam brader apek tu.Aku percaya satu benda if kita buat kerja apa sekalipun selagi ianya halal dan tak tinggal solat Insha Allah Dia akan limpahkan lagi rezeki.Rezeki itu ada dimana -mana.Yang penting doa semoga hari-hari menjadi yang terbaik buat diri.

May peace be upon you. =)

Fuz said...

may peace be upon you too =)