29 February 2012

.Happy leap year everyone , ikhlas dari saya Fuz.

Entry sempena Leap year today!!

Waktu aku MC 2 minggu itu hari, ada satu petang HBO tayang cerita Leap Year. Keindahan dan fascinatingnya bandar Berlin tu dah buat aku rasa cerita ni kalau tak menarik pun takpe la. Got fascinating scenery inside it. Tapi lepas tengok 10 minit, aku dah mula betul bantal. Interesting. Aku tengok perempuan cantik pun dah terstop melipat kain renung tepat dekat keindahan Berlin.

"Cantik". Keluar dari mulut perempuan cantik.

Sebenarnya filem ini antara contestant yang boleh untuk bertanding bagi menggantikan kolabrasi menarik antara Zoeey Dischanel dengan Joseph Gordon Levitt. Tapi last-last kalah. Dapat no.2. 500 days of summer tetap di hati.

Menyaksikan bagaimana Anna Brady plans ke Berlin untuk melamar Bf dia Jeremy sebab mengikut tradisi Irish, lelaki yang menerima pinangan pada leap day harus menerima pinangan tersebut.

Build up cerita ni macam mana build up kepada sebuah cerita cinta antara 2 strangers berlatarbelakangkan keindahan bumi Berlin.Buat aku rasa mcam nak ke bumi Berlin (angan-angan orang kaya). Macam mana kereta Duclan boleh masuk tasik gara-gara Anna yg mencuit kasut tumitnya ke kereta.Bagaimana Anna tergolek jatuh lecah dan terlepas kereta api. Macam mana mereka mengaku nama mereka ialah "O"Brady - Callaghan gabungan daripada nama Brady dan Callaghan yg mula-mula dua-dua sebut tak sama. Macam mana betapa sweetnya two strangers boleh jatuh cinta.

Dan akhirnya Anna ke Dingle Peninsula semula untuk melamar Duclan lepas dapat tahu bahawa BF melamarnya hanya kerana hanya untuk impress kan manager dia.

Apa yang aku dapat notice, kita memang suka nak tahu tentang benda-benda macam ni kan?.Inqury kita  kuat nak tahu. Nak tahu dari bagaimana mereka start berkenalan, start berkawan, macam mana boleh timbul rasa cinta walaupun ada keburukan dan ketidaksempurnaan,gaduh-gaduh, how they know they are born for each other dan akhirnya hidup gembira bersama selamanya. Dan bagaimana cerita-cerita macam ni boleh mempengaruhi kita sendiri maybe untuk jadi lebih romantis atau kreatif dalam mengekspresi cinta barang kali?

Happy ending and a sweet story but still cannot beat the sweetness of 500 days of summer story.

Oh, lupa nak bagitahu. Dah dekat 2 bulan aku dapat abg ipar sorang lagi. Budak DQ. Kalau tak tahu DQ tu apa pandai-pandai cari.

Jadi macam biasa, aku tanya pada diorang. Sebab inquiry aku kuat. Macam mana tuhan jodohkan diorang.  Dan jawapannya, kakak aku yg  setahu aku sebelum ini berkawan dengan orang lain (budak medic oeversea) But she met my abg ipar pada hari-hari nak habis dekat UIA. She even don't know him walaupun 4 tahun di tempat yang sama. Macam mana dari perkenalan pandang pertama tuhan jodohkan mereka. Dari awal sampai habis. Bagaimana aku kagum dengan tuhan ada variasi cara nak menjodohkan manusia.

Ini soal inquiry dan pengaruh cerita-cerita macam ni in our daily life.So, orang lain pun sama ke or aku je yang distereotaipkan dengan inquiry sweet-sweet macam ni?




By the way, Happy Leap year everyone!!

2 comments:

GigiWangi said...

Lama tak singgah sini.

Budak DQ?
Darul Quran ke ?

Goodbye 29Feb :)

Fuz said...

Happy leap Year! :)