10 February 2012

.Hari ke 57.

Pagi ini aku bangun macam biasa, tiada extraordinarynya kecuali isyak aku agak lewat sedikit iaitu pukul 5 pagi. Sedikit ke? Tak, mungkin lewat banyak.Dan aku tidur balik, cuba melayan lentok kepala yang seolah-olah mahu lagi dibaringkan atas bantal. Terasa penat juga badan bila terpaksa bekerja di dalam ofis yang berhawa dingin dan juga mengadap laptop untuk beberapa jam.Tapi yang pasti aku suka bandar cheras yang agak tenang berbanding tempat-tempat lain. Aku cuba duduk di Puchong untuk beberapa hari tapi tak tahan lama, jadi serabut kepala.

Apa yang buat aku sayang dengan rumah sekarang ialah jam loceng. Jam loceng natural yang datangya dari pekikak-pekikan bus dan kenderaan seawal jam 5 pagi. 2-3 hari ni aku jadi kagum dengan kebolehan diri sendiri untuk bangun tanpa jam loceng handphone. Cuma mungkin aku patut gunakan peluang bangun automatik tu mungkin untuk berjumpa dengannya. Tengoklah macam mana nanti.

Perjalanan di tempat kerja sebenarnya hanya memakan masa 15 minat kalau traffic tak dipanggil traffic. Tapi kalau kereta perpusu-pusu dan dipanggil orang ramai sebagai traffic, mungkin 45 minit atau 1 jam baru sampai. Masing-masing kejar masa, nak cepat. Aku pernah tengok orang bersiap-siap di dalam kereta sewaktu berada dalam traffic.Kagum, boleh bersiap-siap dalam kereta sambil tunggu kereta bergerak. Aku pun pernah buat sebenarnya tapi taklah sampai bersiap semua, kasut dan stoking sahaja yang tak pakai di rumah. 5 minit itu pun boleh buat punch card anda jadi merah.Jadi, kiraan matematik itu penting.

Tadi ada kereta sebelah aku yang dipandu oleh seorang kakak. Waktu traffic bertukar hijau, kakak ni pun jalan, tiba-tiba kereta depan brek mengejut, kakak ni pun ikut serta. "Prap", bunyi bumper belakang di langgar yang agak kuat. Cina yang melanggar sudah gelabah. Kakak ni pulak sudah memandang cermin belakang. Mungkin sedang teragak-agak nak turun atau tidak. Perjalanan diteruskan. Cina yang melanggar yang pada mulanya hendak terus mengambil keputusan membelok ke kanan. Mungkin risau kakak tadi berubah fikiran.

Semua orang nak cepat. Benda-benda remeh macam ni tak perlu nak dilayan sangat ataupun kakak tadi first day masuk kerja. Risau terlambat.

Aku pun dah 15 minit menaip entry ini, selsema minggu lepas masih sayang nak lepaskan aku pergi. Sudahlah, tak baik tuang waktu kerja kan? Mood dalam cuaca panas-panas ni tak berubah-rubah dari tadi.  Statik. Membosankan.

2 comments:

Primadona said...

Get well soon! :)

FVN said...

makan sup katak...ubat selsema tu..hahaa