07 March 2012

.Running man episode 1 download

Entry ini tak mengikut plot. Rawak.

Aku perasan satu benda, dulu kalau benda aku doa mesti selalu dapat. Dulu tu membawa kepada beberapa tahun yang dulu yang waktu tu aku rasa hati ni masih tercalit sikit-sikit tompok hitam. Yang masih mampu dicuci dengan sabun Downing ataupun sabun mandi biasa.

Siapa sangka bilal muda kampung batu putih  untuk 3 tahun berturut-berturut, siap ada nama terpampang di whiteboard surau sebagai bilal bertugas, pemimpin bacaan doa di majlis-majlis , tahlil dan yassin serta kenduri kendara saudara-mara boleh tukar jadi macam ni. Mungkin dah hitam, mungkin flat black punya hitam.

Woi, takdela teruk sangat aku berubah. Saja hiperbola sikit. Tapi berubah banyak la jugak. Sampai surau dekat kampung pun dah tak berjemaah sekali sebab segan dah bertahun tak pergi. Sampai tahap tu punya berubah.

Pernah waktu aku pergi  ke surau membawa parang untuk sama-sama bergotong royong untuk hari raya korban, kemudian aku ditegur oleh seorang rakan bilal  aku yang juga merangkap seorang tahfiz.

"Eh ada lagi, ingat dah lupa jalan pergi surau".

Mungkin bagi dia sekadar gurauan tapi aku sangat terasa. Aku ingat lepas event itu la aku jarang pergi surau, balik hometown pun sekali sekala. Banyak masa aku tiada di rumah sejak masuk Matrik dan Universiti. Lagi bertambah jarang pergi ke surau bila balik.

Kadang-kadang aku rasa drastik jugak perubahan ni, tapi at the same time aku kata dalam hati. Everybody having the same things. Changes.

Dulu yang aku suka bila solat ialah bila bersujud lama-lama pada rakaat terakhir, berdoa macam-macam, sampai doa dalam sujud lagi panjang dari yang lepas solat dan juga mungkin jadi faktor kepada kemakbulan doa-doa aku. Tak macam sekarang, ulang 3 kali terus bangun. Solat zohor pun pukul 3.45 (terpengaruh dengan environment orang kerja Gomen).

3 jam lepas aku baru sahaja di "bamboo" oleh senior engineer aku di tempat open. Bukan lah bamboo betul-betul tapi sebab nada suara berbincang dia yang agak tinggi dan boleh didengar oleh staff-staff lain , saja aku cakap bamboo. Untung-untung boleh memburukkan keadaan.

Sebenarnya dia banyak projek nak kena buat, so salah satu projek yang dia tak pernah go through before ni dia serahkan dekat aku. Sebab flow documentation yang melibatkan banyak pihak yang buat staff junior macam aku yang takde experience untuk handle benda-benda macam tu yang buat aku jadi mangsa hari ni.

Semua staff senior cakap dekat sini itu normal, aku pun banyak kali dengar Director marah-marah manager depan-depan. Tapi mungkin aku jenis yang tak suka kena marah depan orang ramai-ramai. Kalau setakat kena marah depan orang lebih teruk dari ni aku pernah kena tapi masih ok lagi. Tapi hari ni rasa down.

Tepat pukul 3.45, pada sujud terakhir aku sujud lama-lama. Aku tarik nafas dalam-dalam.

Ada satu perasaan lega semacam. Macam lepas nafas sambil ada bunyi "HAH".

Untuk menunaikan janji aku mula tadi bahawa ini entry rawak. Nak kongsi sedikit doa sebelum salam yang aku dah pratikkan sejak umur 15 tahun sampai sekarang, mudah-mudahan bermanfaat untuk sesiap yg singgah di blog suam ni.Tapi dalam rumi je la coz macam takde masa plak aku nak cari yang jawi punya dalam keadaan tulis blog sambil boleh disergah oleh senior naik minyak tadi. Lagi 10 minit aku nak balik, hilang mood.


"Allah humma ini anguzubika min azabilkobri.Wamin azabijahannam, waminfitnatil ahya walmamat, wamin syarra fitnatil masihiddajjal".

Untuk tajwid yg lebih betul, rajin-rajin kan lah google. doa untuk elak kena fitnah, neraka,azab kubur dan juga  dajal .

6 comments:

Primadona said...

thank you for sharing.Eh kita sama bila sampai part tak suka kena marah depan orang ramai.Seriously mudah rasa down and malu sangat.Aku lebih prefer dia marah aku sorang-sorang.Or else bila dia marah depan orang ramai after class/office hour dia slow talk and belanja minum itu boleh buat aku jadi cool balik.

Cheer up! :)

nunama said...

Dugaan yang sikit ni yang menyebabkan kita tersedar dari lena yang panjang.

Agak-agak, kalau tak kena "bamboo" tadi, bila nak sujud lama-lama macam dulu?

Maknanya, Dia sangat sayang dan rindukan hang.

Semoga tabah! Doa-usaha-tawakkal. Semoga berjaya.^^

p/s: oh..pasal doa last tu, sebab tulah kita digalakkan baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Salah satu cara elak dari fitnah al-masih ad-dajjal. :)

fnd said...

Mak aku ajk surau, tapi aku...hehe

Iman tak dpt diwarisi,kena cari .

rabiatulpaid said...

syukran for the informations.

Fuz said...

Azizah: i'm cool by the way.haha

nunama: i remember you. long time no see.

fnd: itu lagu raihan.haha

rabiatulpaid: sharing is caring "kot".

nunama said...

Mr PKH:
wow! x sangka hang ingat aku. Thanks bro. :)

em aku ada je datang sini. cuma tak tinggalkan komen je.

have a great day! ^^