29 May 2012

. "Berdehem-dehem" mana ada dalam kamus kan?

Gua datang office macam biasa. Suasana pun biasa. Cuma tali pinggang gua rasa ketat sikit semalam. Gua pandang kanan, Hakimin tak datang kerja lagi. Dia sekarang dah boleh jadi raja datang lambat, itu je pun point gua nak bahan dia.

Lepas dia datang, dia tanya gua.

"Apa macam? Ok tak?"

Gua cakap, "Wah, atas bawah dikies. Terbaik" Order dia dari Uk dah sampai.

Pukul 10 gua rasa lapar, gua pergi cafe sorang-sorang. Habis bantal pau 3 ketul gua bukak internet.

1. Eden Hazard perangai macam haram, kejap nak pergi Manchester , last-last pergi Chelsea.
2. Apa masalah hang nak beli no plat sampai RM350,000. P la sedekah ganti karpet masjid baru dekat kulai tu.
3. Kosmo dengan Metro bosan kan?

Gua masuk bilik lab belakang. dua orang budak SLIM tengah sibuk solder board electronic.

"Ok, bos besar dah sampai " Cakap N pada budak perempuan F.

Dia pernah persoalkan yang dia lagi banyak buat kerja dari gua.Gua macam takde kerja nak buat and he even starting to show "good-good walau baru sebulan lebih dekat sini.

Gua taknak layan sangat budak jenis baru masuk kerja nak tunjuk bagus. Stay low and keep calm bak kata lelaki kacak.

Yang penting task gua semua delivered.

End the end of the day gua realize yang gua ada beberapa pantang sekarang. One of them, gua tak suka bila orang suka menunjuk dekat big bos yang dia buat kerja but the true is he was doing something else when the bos was not around and only turned to be a warkaholic worker when the bos stepped in the office.

Geleng kepala gua tengok perangai depa ni sekor-sekor.

Lama tak update. Tulis pun tungang langgang. Rasa menyesal sebab pernah delete beratus-ratus entry dulu.
Macam gua cakap dekat Idrin.

Today, the 'regret' came to me this morning and then he said "Hi".

03 May 2012

.Kadang-kadang kita perlu rehat dari kerja tapi...

Kadang-kadang kita perlu rehat dari kerja tapi....

Sambung ayat di atas untuk kepuasan diri sendiri. Tiada hadiah atau pun pertandingan untuk benda sesimple ini. Tambahan pula sy bukan blogger famous. Ekeke.




Sambil pasang rokok, Hidir tanya aku

"Macam mana kerja?" Sambil menghembus asap O.

"Macam tu la abang, dapat bos workaholic, nak expect ape?" Aku tengok kotak dunhill dah tinggal sebatang.

"Rabu dengan Khamis lepas cuti ke bang, pergi mana?" aku bertanya.

"Saja cuti. Kadang-kadang aku perlu rehat dari semua ini"- Hidir menjawab ala-ala tengah berlakon dalam drama petang Astro Ria.

Isnin lepas aku cuti. Semalam baru aku masuk ofis. Masuk-masuk ofis ada yang tegur lama tak nampak aku. Itu petanda baik, bila ofis sebesar ni perasan dengan kehadiran anda.

Aku tak pasti sama ada aku nak cakap reason yang sama Hidir cakap atau tak. Dah 2 bulan badan aku kerja Isnin sampai Ahad. Oh, weekend tu kerja yang aku cari sendiri. Bosan. Dan aku admit badan aku penat semacam. Tu belum kira macam mana aku dengan housemate boleh bertekak dalam sms. Masing-masing dah penat. Masing-masing dah ego. Malas aku nak cerita. Aku bukan kaki gaduh, jadi lepas solat aku doa je yang baik-baik tentang episode pergaduhan dengan housemate sendiri.


Kadang-kadang kita perlu rehat dari kerja tapi ape pasal cuti 4 hari dekat KL ni separuh hari pun aku tak rasa. (10 Markah)