19 July 2012

Meninggalkan sesuatu yg paling berharga untuk satu benda yg tak confirm lagi adalah satu risiko?

Dalam lab work ada aku dengan seorang brader ni. Aku selalu cakap dekat dia yg aku teringin nak kerja off shore. Tapi lepas dua kawan aku ambik keputusan nak cari kerja baru dan keluar dari offshore, aku rasa aku kena re-considered balik (macam la ada apply mana-mana).

Brader ni nama dia Faisal, grad dekat Iowa State University, US tapi super humble, aku tau dia grad US pun sebab orang lain yang bagi tau.

Brader ni cakap dia ada member yang berpengalaman kena interview offshore.

Brader ni tanya:

"Kalau kau boleh jawab, boleh la kerja offshore. (dia gelak). Soalan dia macam ni:

katakanlah kalau kau ada kereta sport harga 2 juta tapi ada dua je seat, satu hari dalam hujan yg lebat dekat satu perhentian bas ada 3 orang,

1.Perempuan yg dah lama kau idam-idamkan
2.Seorang pakcik yg mengigil kesejukan dan nak balik rumah.
3.Seorang makcik yg sakit nak pergi ke hospital.

Apa keputusan kau?

Sambil aku soldering board aku tanya.

"Perempuan tu kira memang kira perempuan idaman hati Ke?"

"Ye la."

"Kalau aku, aku bagi kereta sport 2 juta tu dekat pakcik anta makcik yg sakit tu pergi hospital, lepas tu balik rumah, aku teman perempuan tu dekat station bus stop tu".

"HaHa, kau boleh kerja off shore" Kata Faisal sambil buat re-work pada board circuit.

Benda ni nampak macam bodoh je, tapi sebenarnya dia nak tengok kita boleh tak korbankan salah satu benda yg berharga dalam hidup utk dapatkan satu benda lain yg dah desired lama, sama macam kita buat keputusan dalam hidup.

Aku rasa macam tu la.

Malas pulak aku nak cakap tanya kat brader tu soalan-soalan kat bawah ni, risau nanti nampak macam bodoh plak. Heh.

1. Pakcik tu reti ke bawak kereta sport ?
2. Perempuan tu confirm ke boleh jadi permaisuri hidup hang? Kalau dia reject apa macam, dua2 melepas?

Heh.



6 comments:

FARYN said...

Belum cuba belum tahu :)

haidan said...

jap, aku bace khusyuk woooo, tapi aku pelik baca banyak kali part
'bagi kete kat pakcik tu anta pakcik tu gi spital'
aaaaaaaaa,nape pakcik anta pakcik gi spital eik..? =D

xazuraxabux said...

ok. itulah keadaan aku sekarang nih.

pkool said...

keputusan nak makan dekat mana pun payah nak jawab lagilah keputusan dlm hidup.

tiap kali nak makan mesti tanya, nak makan kat mana?

aku jawab lah, makan kat mulut. kakaka.

bukankosong said...

tajuk tu pjggg

Fuz said...

faryn: malas la cuba. :)

haidan: biasa la, puasa. haha

xazur: i would like to know that in detail. hehe

pkool: aku selalu gak jawab macam tu. hehe

bukank: aku pun rasa.