10 September 2013

-How to look younger than your age?

Tajuk entry ala-ala tajuk artikel dalam The Star bahagian kesihatan.

1. Jangan kerutkan dahi ketika memakai contact lens.

Kalau kena macam gua yg dah dekat 7 tahun pakai lens, kerut tu dah jadi sebahagian dari dahi. Org kg gua panggil wrinkle.

2. Jgn byk berfikir

Org byk berfikir ni cepat nampak tua, dah terbukti rasanya sebab gua memang suka berfirkir tak tentu hala. Dibuktikan lagi dengan budak2 programming office gua yg nampak macam dah 40-an walhal baru umur 30-an . Kerja programming kena fokus, mengadap laptop fikir solution, dtg keja pukul 11 pagi, balik pukul 3 pagi. Gila !

3. Kekurangan Salmon Omega Complex

Pernah tengok ikan salmon, comel bukan? Mana nak cekau ikan salmon ? kalau ada dekat parit biasa mesti dah ramai org nampak muda. So, anda perlu supplement tambahan Salmon omega yg mengandungi enzim ape tah utk pembetukan kolagen semulajadi. Dan fact tentang makan rumpai kolagen ape tah utk kolagen tu langsung satu tak masuk logik akal. Kolagen harus dibentuk bukan dimakan.

4. Jangan terlalu fikirkan bila anda patut berkahwin.

Bagi orang yg agak cool, mungkin tiada apa yg dirasa selain ingin membuat si ibu di rumah tersenyum dan lega mengetahui bahawa keturunan mereka bakal diteruskan sebelum mereka menutup mata.

Apa yg anda patut buat ialah

STAY COOL.

5. Tidur mesti cukup

Tidur yg x cukup boleh buat wajah anda cepat dimamah usia. Jika anda bangun pagi utk ke tempat kerja tetapi rasa masih belum cukup tidur, tidurlah semula tanpa rasa bersalah.  Tapi anda tetap bangun dan ke tempat kerja kan?

6. Cahaya matahari

Cahaya matahari boleh buat wajah anda cepat tua. Jadi jika kerja anda sekarang mendedahkan anda kepada cahaya matahari yg berlebihan, tunggu apa lagi. Berhenti dan cuba cari kerja di dalam gua mahupun kutub sejuk.



* Apehal la projek tak masuk kat office ni, gua dah start bosan tahap dewa dah ni.







3 comments:

Shila said...

bila dah start bosan,

lagi cepat muka nampak tua..

hati2..
hg dah la mmg nmpak tua..
bertambah2 tua..

eh..

Hadramawt Kingdom said...

suggestion no 4 is absolutely cool!haha

Primadona said...

sekarang gia tengah masuk plkn.Muka putih macam salju pun dah bertukar jadi mcm the beast.macam mana nak dapatkan alasan pengecualian sebab kulit dah gelap?