30 December 2011

One of the sweetest thing that happened in Malaysia.

Aku tengok video ni tadi. Twice. YES, twice. And untuk kedua kali aku tersenyum sepanjang tgk video ni. Aku tak tahu sama ada muka lelaki China ini yg serius aku cakap macam Cina baik. (Eh, aku xak racist lah). Or else gf dia pun cute yg buat aku cakap "haiz" dan smile .


Aku admire dekat  idea dia. This is the sweetest proposal video I've ever seen. Sweet LOL!




Hey you, would you marry me?  Nak ke taknak? TAKNAK SUDAH :)

Christina Perri: Thousands Years

23 December 2011

Mood.

Dia bagi aku satu software, satu manual book. Lepas tu dia suruh aku study.Bila aku tanya apa yg aku tak faham, dia jawab.

"Awak jangan tanya saya, saya tak familiar".

Aku try uji kefahaman dengan buat test. Keluar error pelbagai. Semua problem arise aku google. Ada satu je yang google tak bagi jawapan. Selamat lah ada mamat Johns ni buat blog pasal software design. Bagus orang putih ni, tak kedekut ilmu. Semua benda diorang share. Itu lah tujuan ber-blog.

Bilik aku depan bilik director, pintu dia tak pernah tutup. Kalau nak merayau dekat Internet pun risau-risau. Dari first day aku masuk bilik dia tak henti-henti orang kunjung. Yang bestnya, orang yg berkunjung tu semua beruban dan rambut tak berapa nak ada. Sytle.

Dari first day aku masuk. Dengar dia "Pung-pang, pung-pang" tak habis-habis. 

"Apesal Genius sangat dia ni"?

Kadang suara serius, kadang suara blaming. Conversation in English lagi diberi keutamaan walaupun tengah hari tadi sama-sama makan belacan. Perkataan Datuk banyak kali keluar. Senior staff plak tak habis-habis cakap pasal pressure.

Ok. Kerja sekarang tak boleh buat macam dulu. Boleh usha-usha awek dari dalam kereta sambil cari network. Sekarang tgk laptop fikir design. I love my job kalau nak disedapkan hati.

Awkward.

Bila staff yg dah lama ada di company baru sembang pasal konflik dalaman dan pasal Kak Lina Job Street pada budak yang baru masuk dua minggu akan terjadilah satu suasana yg awkward.

Aku cakap dekat depa, simpan-simpan la sikit pekung syarikat. Aku baru lagi. Serius kelakar.

Tapi macam aku cakap dulu, kerja ni fully 100% redha dari keluarga. So, we'll just see. Gambate.

21 December 2011

Jumpa agen insuran.

AIZEC PHOTO

Semalam bertemu kawan lama. Hal insuran  dan merasa naik honda accord type R itu tak interesting sangat tapi hal satu lagi yang buat aku tergelak.

Budak pendek budak U aku tengah angau bercinta dengan Manager kilang yang bawak X6. Penangan abg pendek aku rasa.

"Kau rasa apa yang buat cinta dia berpaling selain daripada X6 yang besar tu?"- Aku

"Dia cakap dia tak bernafsu tengok awek dia."- Agen Insuran.

"Awek yang dia pre-lamar waktu dekat langkawi dulu dia kata dah tak bernafsu"?- Aku

"Okay, aku rasa sebab X6 la"-Agen Insuran.

"Tapi selalunya orang pendek memang romantis orangya"- Aku

Aku gelak dengan dia. Yang peliknya india kedai mamak ni pun gelak sekali.

Sejak bila depa faham bahasa melayu selain daripada teh tarik, roti kosong dan roti telur ni.

Lepas tu aku pesan dekat india tu, "Payah cinta kalau sebab nafsu semata ni".

Dia angguk-angguk tanda faham .

Erm...Ok la, part last tadi tipu.

Geng Lama.

Semalam ber-chatting dengan geng lama. Lagi sorang dah dapat kerja.Sorang je lagi masih belum dapat. Aku sekalu cakap dekat dia, bumi tuhan ni luas. Ada la celah-celah mana rezeki dia nanti. Mujur dia pun masih relax dan steady bermain twitter.

 Aku rindu waktu ni. 6 bulan spend di sebuah banglo 2 tingkat tu singkat tapi bnyak benda yang terjadi. Macam mana Apai boleh tertinggal di Kilang. Dan berfutsal setiap hari Selasa tanpa miss selama 6 bulan. Dan macam mana aku nampak ikan bilis separuh masak dan hangus dalam bakul sampah disebabkan Gon yang tak berapa pandai masak.



Apai sorang je yang suka tangkap gambar nampak muka; saya suka bagi gambar "punggung" :)