03 July 2012

. 13+ 7 = 20 kali

Semalam lepas maghrib aku tanya Taufik, nak kemana ?

Dia cakap nak bawak abang Midin pergi tolong ubat anak kepada sepupu dia. Baby yg suka menangis tengah malam dan hanya berhenti waktu azan Subuh.

Abg Midin ni lebih kurang macam Pak Lang aku, ada ilmu boleh ubat orang cara Islam. Dah ramai yg jumput Abg Midin untuk tolong ubatkan sejak abd Midin masuk rumah aku.Aku teringat waktu kami bertiga makan sama-sama di gerai Char Keow Teow di sekitar Tun Hussein Onn. Abg Midin pegang satu jari aku dan tangan dia satu lagi memegang kunci dan digerakkan seolah sedang bertasbih.

Abg Midin cakap satu persatu, aku ni jenis macam mana perangainya, dan kalau sakit macam mana ubatnya. Dari semua benda yg Abg Midin cakap pasal aku, satu pun tak salah. Macam tu jugak bila abg Midin describe taufik. Sampai naik takut aku kalau dia boleh describe lama-lama.

"Hati kamu berdua ni masih elok, tiada benda yang menghalang", Abg Midin bersuara.

Itu dulu.

Dah lama tak jumpa Abg Midin lepas aku out station lama. Abg Midin pun selalu penat, balik malam terus masuk bilik. Jarang sangat kami bertiga lepak di ruang tamu.

Semalam Abg Midin keluar bilik,

Aku tegur Abg Midin, "Abg nanti ubat saya, bagi tenang sikit hati". Aku sengaja berseloroh.

Abg midin bertasbih dengan kunci sambil merenung aku. Abg Midin kata,

"Ada benda yg melekat dekat kamu ni, jadi berat, lepas solat magrib ni baca al-fatihah 13kali lepas tu sms sy".

Aku tengok jam dah 8.15, baru nak solat maghrib. Lepas solat aku duduk lama-lama, baca al-fatihah 13 kali. Lepas tu aku mesej abg Midin "Dah". Abg midin suruh tambah lagi 7kali. Aku habiskan.


Hari ni aku nak tanya Abg Midin lagi. Harap-harap , tiada apa masalah.


Know what. Memang waktu dan lepas aku out station dulu. Banyak benda yg aku ringankan, dan terasa berat sangat nak solat awal waktu.


Hari ni aku dengar satu lagi video Dr. Maza.

Aku rasa kita dah besar ni macam rebung, kalau dah keras and besar panjang macam ni. Bila terhantuk tergadah baru ada kesedaran. Setakat video dan ceramah audio,macam mencurah air di daun keladi. Cuma aku harap, aku tak sampai lagi level itu. Level master.

Dan problem utama aku nak mengisi jadual dengan tuhan bukan yang setakat 5 kali sehari semalam tu ialah ISTIQAMAH. Benda ni lagi payah dari nak tadbir satu negara.

3 comments:

Selamber Rock said...

bila bos suruh laju je buat keje, yang Tuhan suruh, sengaja lambat-lambatkan, haih, aku pun makin lagha sekarang nih..

Primadona said...

Betul sangatlah tu Fuz.Istiqamah dalam melakukan sebarang perbuatan baik memang payah sangat nak buat.Padahal buat benda2 baik ni tiket nak masuk syurga secara free je kan? Aku pun macam tu jugak sekarang.Banyak benda yang aku ringan-ringankan.Sebab rasa dah selesa sangat dengan apa yang kita ada kot.

Fuz said...

sama-samalah kita muhasabah. HAHA