29 February 2012

.Happy leap year everyone , ikhlas dari saya Fuz.

Entry sempena Leap year today!!

Waktu aku MC 2 minggu itu hari, ada satu petang HBO tayang cerita Leap Year. Keindahan dan fascinatingnya bandar Berlin tu dah buat aku rasa cerita ni kalau tak menarik pun takpe la. Got fascinating scenery inside it. Tapi lepas tengok 10 minit, aku dah mula betul bantal. Interesting. Aku tengok perempuan cantik pun dah terstop melipat kain renung tepat dekat keindahan Berlin.

"Cantik". Keluar dari mulut perempuan cantik.

Sebenarnya filem ini antara contestant yang boleh untuk bertanding bagi menggantikan kolabrasi menarik antara Zoeey Dischanel dengan Joseph Gordon Levitt. Tapi last-last kalah. Dapat no.2. 500 days of summer tetap di hati.

Menyaksikan bagaimana Anna Brady plans ke Berlin untuk melamar Bf dia Jeremy sebab mengikut tradisi Irish, lelaki yang menerima pinangan pada leap day harus menerima pinangan tersebut.

Build up cerita ni macam mana build up kepada sebuah cerita cinta antara 2 strangers berlatarbelakangkan keindahan bumi Berlin.Buat aku rasa mcam nak ke bumi Berlin (angan-angan orang kaya). Macam mana kereta Duclan boleh masuk tasik gara-gara Anna yg mencuit kasut tumitnya ke kereta.Bagaimana Anna tergolek jatuh lecah dan terlepas kereta api. Macam mana mereka mengaku nama mereka ialah "O"Brady - Callaghan gabungan daripada nama Brady dan Callaghan yg mula-mula dua-dua sebut tak sama. Macam mana betapa sweetnya two strangers boleh jatuh cinta.

Dan akhirnya Anna ke Dingle Peninsula semula untuk melamar Duclan lepas dapat tahu bahawa BF melamarnya hanya kerana hanya untuk impress kan manager dia.

Apa yang aku dapat notice, kita memang suka nak tahu tentang benda-benda macam ni kan?.Inqury kita  kuat nak tahu. Nak tahu dari bagaimana mereka start berkenalan, start berkawan, macam mana boleh timbul rasa cinta walaupun ada keburukan dan ketidaksempurnaan,gaduh-gaduh, how they know they are born for each other dan akhirnya hidup gembira bersama selamanya. Dan bagaimana cerita-cerita macam ni boleh mempengaruhi kita sendiri maybe untuk jadi lebih romantis atau kreatif dalam mengekspresi cinta barang kali?

Happy ending and a sweet story but still cannot beat the sweetness of 500 days of summer story.

Oh, lupa nak bagitahu. Dah dekat 2 bulan aku dapat abg ipar sorang lagi. Budak DQ. Kalau tak tahu DQ tu apa pandai-pandai cari.

Jadi macam biasa, aku tanya pada diorang. Sebab inquiry aku kuat. Macam mana tuhan jodohkan diorang.  Dan jawapannya, kakak aku yg  setahu aku sebelum ini berkawan dengan orang lain (budak medic oeversea) But she met my abg ipar pada hari-hari nak habis dekat UIA. She even don't know him walaupun 4 tahun di tempat yang sama. Macam mana dari perkenalan pandang pertama tuhan jodohkan mereka. Dari awal sampai habis. Bagaimana aku kagum dengan tuhan ada variasi cara nak menjodohkan manusia.

Ini soal inquiry dan pengaruh cerita-cerita macam ni in our daily life.So, orang lain pun sama ke or aku je yang distereotaipkan dengan inquiry sweet-sweet macam ni?




By the way, Happy Leap year everyone!!

28 February 2012

.Hantu British lahir tahun 1988.

"Hish, meremang bulu roma bila dengar lagu Adele ni. Terbaik".

Sinclair memang suka tweet benda-benda kelakar. Dengar lagu Adele boleh sampai meremang. Bulu roma dia jenis tak branded ni. Aku tengok konsert Adele full hari tu, hanya kagum dan terpegun. Takde la sampai meremang.

Lepas ni kalau ada orang ngadu-ngadu kat aku time lepak malam-malam sampai hujung pagi takut sebab meremang bola roma aku nak cakap.

"Ini mesti sebab Adele datang kampung/rumah kita".

27 February 2012

.Melayan kawan instant messaging.

Hari tu aku chat dengan seorang member. Talking about memory and past things. Orang selalu cakap bila nak menenangkan orang lain, barang yang lepas jangan dikenang. And don't ever look back. Let it just be a memory.

Kalau diikutkan kewajaran pun tak perlu nak pandang belakang kalau ia benda yang terlalu pahit untuk dipandang dan difikirkan semula. Let it gone. Tapi tak semua orang boleh lupakan benda lama termasuk Ex aku dulu. Susah sangat nak lupakan aku dulu. Apa yang ada sangat pada aku ni entah la (chuckle 3 kali).

Bagi aku it depends on one. Sesetengah orang boleh hidup tanpa kenangan. Tapi sesetengah tu hidup bersandarkan benda lama. Kalau di ilihamkan dalam bentuk sukan terutamanya bola sepak, benda ni boleh dikaitkan dengan team yang dah bertahun tak menang piala dan hanya berbangga dan bercerita pasal sejarah team yang dah lapuk. Orang panggil team macam ni, team sandarkan pada kenangan. So, kalau one tu hanya hidup bersandarkan pada kenangan lama dan tiada lansung usaha nak move on forward, pandang pada cermin dan cakap "akulah manusia sandarkan pada kenangan".

(aku tengah tunggu supervisor baru panggil ni actually, so merepek-merepek petang-petang ni apa salahnya).

The situation is aku banyak tengok orang yang terlalu "taksub" dengan benda yang lepas sampai life dia yang sepatutnya ok jadi tak berapa ok. Ramai. (Ini bukan untuk Ex gua, sebab sekarang dia dah tough, nanti kecil dan merajuk plak hati dia baca kalau ingat untuk dia). Dan aku ada kenal sorang kawan perempuan, cantik orangnya, tapi still stick with her husband even her husband now treat her macam sial. Semuanya sebab nak appreciate benda-benda sweet that her husband done before. Pity kan?

My Ex. Its been years now.You're tough now YOU! (jangan kecil hati ok) :p

Waktu chat tu dia tanya, bagi aku perlu ke pandang ke belakang even it is impossible to be back like normal. Aku agak ni mesti peratusnya lebih kepada masalah cinta je lebih.

Gua reply "Perlu sebenarnya, dalam banyak sudut perlu tapi kena perpada."

"Ada contoh mudah?" Dia tanya lagi.

"Cinderella takkan jadi cinderella kalau dia tak patah balik ambik kasut dia". Aku jawab slumber+malas.



Ha, lagu takde kene mengena pun . Gua ada belajar gitar lagu ni waktu dekat matrik tapi fail sebab gua takde jari macam Yuna kot. 

25 February 2012

.Untukmu kasih gembira bersedih selagi ku bernyawa.

Untuk jejaka-jejaka malaya yang frust-frust. Kalau takde lambo, jangan sembang banyak sangat la. Dan untuk lelaki yang tahu apa yang dia buat dalam industri malaysia ni.


Selamat Pengantin Baru.

24 February 2012

.Gelak petang jumaat.

Kadang-kadang aku kesian dengan budak-budak yang baru nak up dalam arena politik. Senang percaya bulat-bulat apa yang dihidangkan. Macam aku pernah kata dahulu, jadilah bijak pandai untuk menilai. Umur baru 21 tapi dah pandai cakap macam-macam berbasekan benda yang bukan 100% sahih. Sampai satu masa aku akan cakap lantak koranglah setiap kali aku tgk budak-budak tak matured bagi pendapat pasal politik.

kah3x.

22 February 2012

.Lagu untuk gajah.






Nyanyi macam nak tak nak. Suara garau-garau. Teringat aku ada satu video klip dia nyanyi sambil berasap. The Stroke yeah! Wordless wednesday saya.

Parit Jawa Episode 2.

Mak ajak aku ke Nursery bunga ayah. Abg Long pun semangat nak ikut sekali.

"Ini kali ketiga" -luah emak sebaik sampai ke nursery bunga Ayah.

Aku meninjau-ninjau keadaan sekeliling.

"Ini kalau bukan keling, mesti melayu penyagak punya kerja" -aku sedikit geram.

Habis besi dan rak-rak bunga dicuri dan ruang luar pejabat di pecah masuk. Total rugi sekarang dah mencecah RM 10k ke atas. Masuk kali ketiga baru lelaki tampan nak buat laporan polis. Mungkin dia pun dah malas nak ambik kisah.

Dan bila nampak terbiar, datanglah si penyangak yang akan merembat segala isi benda untuk hasil yang haram. Dalam pertimbangan sama ada mahu menjual terus tanah dan membuat pelaburan lain ataupun hold tanah dan usahakan sampai lelaki tampan ada masa terluang.

Semua menentang actually bila lelaki tampan menyatakan hasrat untuk menjual termasuklah perempuan cantik. Tapi lepas sampai 3,4 kali nursery kena pecah, semua naik kesian dan macam redha dengan keputusan nak jual. Sedih bila tengok keadaan jadi macam tu.


Lepas perempuan cantik mengutip sayur kangkung di tepi kolam ikan, kami bertiga duduk dibawah pokok teduh. 

"Abah nak jual dah tanah ni, dia pun rasa dah malas nak usahakan, dia mana ada masa" - Luah perempuan cantik kecewa.

"Sayang la kalau jual, macam-macam boleh usahakan dekat tanah ni, nanti dah bersara ada juga kerja mak abah nak buat kalau bosan-bosan"- Nada tak meyakinkan.

Aku teringat dulu kami adik beradik akan luangkan masa menolong lelaki tampan mengusahakan nursery bunganya, tapi sekarang masing-masing dah kerja, lelaki tampan pun rasa "segan" nak pergi ke nursery sorang-sorang.

Perusahan yang dahulunya membawa income tambahan 3-10k sebulan pada lelaki tampan. Kalau diikutkan memanglah sayang tapi masing-masing dah besar, lelaki tampan pun dah macam hilang semangat nak usahakan, tambahan pula kerja sedia ada dan masih belum bersara,tiada masa.


Dan klimaksnya bila ada sorang nyonya dari Ipoh datang berjumpa lelaki tampan, offer RM 400K cash untuk tanah 1 hektar tu. 

Siapa nak jadi pengarah parit jawa versi perak ni? aku nak jadi Zahiril Adzim.

20 February 2012

R.I.P

Aku tak kenal pun engkau. Tapi tahu la pasal perkembangan kau. Dan semalam kau selamat di jemput ilahi. Alhamdulillah, penderitaan mu berakhir akhirnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Rest in peace brother.

Al-Fatihah,

Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani,

17 February 2012

#Fakta 2

Aku sampai malam jumaat hari tu aku pandang Aisyah, perempuan cantik cakap, kesian dia. Dia demam campak, nak bagitau tak reti, ni baru tau dia demam campak. Tu yang meragam, tidur taknak, makan taknak. Aku pandang Aisyah,senyum dan comel macam biasa. Aku suruh dia datang cium pipi aku, dia datang.

"mmmmuaaah"...

Lepas tu dia baring balik cuba tidur. Aku baring sebelah dia tepuk-tepuk badan dia.

"Eh mak, ni boleh jangkit ke?" Tanya aku pada perempuan  cantik.

"Boleh kalau antibodi tak kuat or kalau kamu tengah demam".




Dah 5 hari aku MC demam campak. Muka yg tiada iras Aaron Aziz macam aku ni kalau kena demam campak kira tough jugak la penyakit ni jadinya. Selain suasana cafe tempat kerja yang kalau sape-sape lalu comfirm berpuluh mata yang memandang. Comfirm aku makan luar nanti.

Tapi factnya , kalau kena dekat perempuan ni, mesti diorang telangkup bantal dekat muka jerit TIDAK kuat-kuat.

Fakta.

Perempuan.

10 February 2012

.Hari ke 57.

Pagi ini aku bangun macam biasa, tiada extraordinarynya kecuali isyak aku agak lewat sedikit iaitu pukul 5 pagi. Sedikit ke? Tak, mungkin lewat banyak.Dan aku tidur balik, cuba melayan lentok kepala yang seolah-olah mahu lagi dibaringkan atas bantal. Terasa penat juga badan bila terpaksa bekerja di dalam ofis yang berhawa dingin dan juga mengadap laptop untuk beberapa jam.Tapi yang pasti aku suka bandar cheras yang agak tenang berbanding tempat-tempat lain. Aku cuba duduk di Puchong untuk beberapa hari tapi tak tahan lama, jadi serabut kepala.

Apa yang buat aku sayang dengan rumah sekarang ialah jam loceng. Jam loceng natural yang datangya dari pekikak-pekikan bus dan kenderaan seawal jam 5 pagi. 2-3 hari ni aku jadi kagum dengan kebolehan diri sendiri untuk bangun tanpa jam loceng handphone. Cuma mungkin aku patut gunakan peluang bangun automatik tu mungkin untuk berjumpa dengannya. Tengoklah macam mana nanti.

Perjalanan di tempat kerja sebenarnya hanya memakan masa 15 minat kalau traffic tak dipanggil traffic. Tapi kalau kereta perpusu-pusu dan dipanggil orang ramai sebagai traffic, mungkin 45 minit atau 1 jam baru sampai. Masing-masing kejar masa, nak cepat. Aku pernah tengok orang bersiap-siap di dalam kereta sewaktu berada dalam traffic.Kagum, boleh bersiap-siap dalam kereta sambil tunggu kereta bergerak. Aku pun pernah buat sebenarnya tapi taklah sampai bersiap semua, kasut dan stoking sahaja yang tak pakai di rumah. 5 minit itu pun boleh buat punch card anda jadi merah.Jadi, kiraan matematik itu penting.

Tadi ada kereta sebelah aku yang dipandu oleh seorang kakak. Waktu traffic bertukar hijau, kakak ni pun jalan, tiba-tiba kereta depan brek mengejut, kakak ni pun ikut serta. "Prap", bunyi bumper belakang di langgar yang agak kuat. Cina yang melanggar sudah gelabah. Kakak ni pulak sudah memandang cermin belakang. Mungkin sedang teragak-agak nak turun atau tidak. Perjalanan diteruskan. Cina yang melanggar yang pada mulanya hendak terus mengambil keputusan membelok ke kanan. Mungkin risau kakak tadi berubah fikiran.

Semua orang nak cepat. Benda-benda remeh macam ni tak perlu nak dilayan sangat ataupun kakak tadi first day masuk kerja. Risau terlambat.

Aku pun dah 15 minit menaip entry ini, selsema minggu lepas masih sayang nak lepaskan aku pergi. Sudahlah, tak baik tuang waktu kerja kan? Mood dalam cuaca panas-panas ni tak berubah-rubah dari tadi.  Statik. Membosankan.

09 February 2012

.This is really inspiring your morning.

Pernah tak luorang cari muzik atau band baru untuk nafas baru dan rentak hayunan kepala yang baru. 2-3 hari aku search. Hari ni dah jumpa satu.

Dan si gitarist Sufi Ismail sangat setuju lagu ini sesuai untuk dipasang semasa anda sedang memakai baju, menyarung seluar untuk pagi yang lebih inspiring.





Esok pagi kita ikut rentak sama-sama ya!

08 February 2012

.Genap 56 hari di TPM.


Aku ingat lagi waktu aku menyewa di tempat sewa lama dahulu,waktu mula-mula jejak kaki dekat Key El ni. Rumah teres dua tingkat. Lepas rumah tu kena pecah dan aku jadi orang pertama yang discover rumah kena pecah, aku jadi ralat nak duduk rumah tu. Scary. Aku tetap bayar sewa penuh walaupun most of the time aku sewa aku ada di luar KL.

Lepas tu aku tukar kerja dekat TPM ni, aku duduk sementara di rumah Paksu. Bukan main seronok dia bila aku duduk di bilik kosong dalam rumah dia. Seronok sebab aku suka layan tengok bola dekat kedai mamak macam dia, dan seronok sebab aku pandai bagi dia predict-predict bola sepak supaya point-point dia dalam fantasy league tinggi.

Ada dua orang kawan Universiti aku suruh aku cari rumah, nak join. Dia bagi kondisi-kondisi yang perlu ada. Jadi dari awal sampai habis aku yang carikan. Dari berpuluh rumah merangkumi rumah terres (gabungan perkataan terrace dan teres yang disengajakan) dan apartment aku shortlist. Lepas buat call dan meninjau-ninjau ada dalam 5 je yang betul lepas dari filter.

Filter yang harus dibuat untuk pencarian rumah sewa di kota metropolitan ini:

1. Ada awang hitam tak?
2. Kawasan jenayah?
3. Kemudahan?
4. Cukup selamat?

Dari 5 shortlist tu, 5-5 dah ada orang sewa. Aku mengeluh sekejap.

Nak dikatakan rezeki, aku terbaca iklan satu rumah teres owner India. Lepas aku jumpa dia tengok kondisi rumah,semua kemudahan dekat, masjid dekat, pasar malam pun dekat, aku terus deal. 2 kawan aku pun puas hati.Bukan senang nak yakinkan owner nak lepaskan rumah dekat lelaki bujang. Aku bagitau perempuan cantik aku dah ada rumah sewa. Aku bersihkan apa yang patut. 2 dari kawan aku tu masing-masing busy dengan out station. Suruh aku move in dulu.Fine, ok move in dulu. Lepas dapat perabot satu set, seminggu aku rasa duduk sorang. Aku rasa selesa , tenang dan tak susah hati duduk kawasan tu. Tiap-tiap hari aku bangun pukul 6.

25 hb malam aku dapat call, perempuan cantik nak datang dengan kak long dan abang long. Datang mengejut, kata nak jalan Kl, tengok rumah sewa aku. Sampai dalam lewat malam, lepas guide pergi rumah sewa, sembang-sembang macam biasa. Esok paginya perempuan cantik gerak aku, risau terlewat pergi kerja agaknya. Aku tengok dah ada sarapan dia sediakan. Aku pun pergi kerja tinggalkan rumah sewa kosong tu, aku tinggalkan kunci, kalau-kalau perempuan cantik nak berjalan-jalan.

Lepas balik kerja, aku bukak rumah, dah ada meja makan berbalut kemas, peti ais baru, rice cooker, heater air, dan kelengkapan dapur semua dah ada, tersusun rapi. Tempat letak barang dekat belakang yang sebelum ni ada lumut dan kotor-kotor semua dah bersih. Dalam peti ais pulak dah ada bahan-bahan untuk aku masak.Aku masuk bilik air pun dah ada kelengkapan mandi.Barang-barang untuk aku masal pun penuh dalam kabinet .Another kejutan dari perempuan cantik. Dia risaukan aku agaknya. Terharu habis aku malam tu. Cuma perempuan cantik cakap tak dapat nak cari meja untuk dapur. Its enough la mak.:P


Aku dah merantau merata-merata sebelum ni, dah sampai ke Sabah aku pernah out station tapi kali ni perempuan cantik risau semacam je. Lepas berdrama dengan perempuan cantik, mereka pulang ke Perak. Aku kemas rumah cantik-cantik. Kalau diikutkan semua dalam rumah kira expense dari aku, tapi aku tak kisah. Janji kawan-kawan selesa.

2-3 hari lepas tu kawan aku masuk. Sampai rumah pukul 12 malam. Aku terus teman dia pergi downtown Cheras cari bantal, tilam untuk tidur.

"Mujur hang cari rumah ni, aku selesa betul duduk rumah macam ni, makan pun banyak tempat, Tv nanti beli kira dari aku" - Own cakap.

Malam tu baru aku berteman. Topik yang dibualkan ada juga berkisar tentang business. Business yang aku dengan dia buat waktu dekat Universtiti dulu yang boleh buat aku tak perlu guna duit sendiri untuk segala jenis expense tanpa meminta dari FAMA. Perbincangan yang membawa kepada beberapa plan yg akan dilaksanakan tak lama lagi.

Ok, sekarang life dah macam dekat Universiti dulu.

Ada la 3 hari aku berteman.Own kena balik out station di Ipoh.


Semalam member aku lagi sorang tu anta mesej.

"Sewa bulan ni nanti aku bayar, hg cari ganti untuk aku. Aku dapat offer lain, aku tak tahan kerja ni".

Aku call kawan Own bagitau. Lepas tu dia gelak-gelak.

"Aku pun hari ni ada interview di Penang. Dan possibility nak dapat tu memang tinggi la, sedih gila nak tinggal hg sorang-sorang"

Pagi ni aku bangun awal, aku tengok rumah, aku tengok dapur. Aku teringat dekat plan-plan asal. Aku tengok suasana luar pagi subuh. Aku pasang lagu cromok.

Before keluar tadi, aku pegang pagar.

"I'm sorry house,I'm moving out"

"DANG" bunyi pagar berlaga seolah-olah tak merestui niat terpaksa aku ni.

03 February 2012

.Zoeey Deschanel ni tak sesweet mana pun kalau watak Joseph Gordon-Levit takde.

Masuk-masuk office hari ni aku jadi bosan tak tahu nak buat apa. Aku tanya senior, dia kata tunggu manager bagi formware baru untuk install and design, only then team kita ada kerja.

Lepas manager datang, aku tanya dia pasal formware baru. Dia kata tak siap-siap lagi. Aku tengok masing-masing tengah surf benda yang tiada kaitan dengan kerja dan tak patut dilakukan pada office hours.


"Nganga tahu?" - Senior engineer tanya sambil gelak.


"Oh, okay" - aku jawab.



Dengan admire yang mendalam pada Zoeey Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt  sejak bertahun lepas dan kerja yang agak "menimbun" terus blog ni jadi macam ni. Lu jangan hairan la kalau blog ni bertukar-tukar layoutnye sebab gua kalau bosan memang macam ni lah jadinya. Nak tgk movie time office hours macam tak patut sangat la kan?

02 February 2012

# Fakta 1

Fakta: Aku rasa lelaki ni boleh hidup tanpa Hand phone berbanding dengan perempuan.

Sebab jiwa mereka lebih kental dan tidak terlalu manja. Tak macam perempuan-perempuan sekarang, terlalu manja . Kalau tiada hand phone boleh murung satu hari (chuckle banyak-banyak). Tambah-tambah kalau yang tengah berpipit kan?

Kalau yg jenis yang foreve alone tu lagi lah relax. "Stay cool brader" bak kata budak-budak form 5.

Dah kali ketiga tertinggal hp dekat rumah sewa. Dah sampai depan pintu opis baru "terperasan". Kalau balik-balik rumah sampai ada berbelas miss call dan reply tweet tu pandai-pandai la duduk rehat dan membalas yer. itupun kalau rajin .

Tapi orang yg suka hidup single ni selalu jarang-jarang la dapat banyak miss call. (chuckle pendek 2 kali)