Lepas aku bermastautin di Cheras, aku ada kenal seorang brader ni. Orang panggil dia Apek. Kenal pun sebab aku ambik barang kereta dekat dia. Soft spoken orangnya, salam tak pernah lupa bagi. Aku rasa pun dia baik orang nya. Orangnya pun tak berkira, bagi aku pinjam macam-macam.
Honestly, aku tak tahu sebenarnya dia kerja apa. Wife dia aku tau la cikgu. Tapi tgk gaya dia macam runner barang kereta sebab siang dia selalu ada, malam pulak tidur lewat. Barang-barang kereta dekat dia ni cepat sikit habis. Aku rasa sebab rezeki brader ni murah sebab jenis tak tinggal solat.
Semalam lepas dia tolong bersihkan adjustable kereta yg aku baru ambik dari seorang brader cina ni, aku keluar teman dia pergi jumpa customer. Ada customer nak tengok absober. Nak dijadikan cerita lepas dekat 2 jam deal, customer tu tak jadi ambik sebab aku rasa dia banyak songeh sikit.
"Biasa la tu, customer" -tenang Apek luah.
Apek cucuh rokok sebatang lagi. Jam dah pukul 12.30 malam. Otw balik rumah, ada panggilan masuk.
Apek macam biasa, salam dan soft spoken pelbagai.
Ada customer nak beli carpet toyota Harrier. Lepas tunggu customer baru cari jalan, kami jemput dia di tempat dijanjikan. Bawak ke rumah.
Brader yg keluar dari Harrier, gaya macam orang kaya wife dia pun segak orangnya, anak perempuan dia pun boleh tahan cunnya. haha. Lepas tengok carpet, dia puas hati.
"220 tak dapat ke ?" - Brader gaya kaya ni menawar.
"Murah dah tu bang, tadi kan saya bukak 250,230 je boleh bagi bang, lagipunn barang orang ni"- Apek dengan nada redah dirinya sambil senyum.
"Ok la, kira murah dah ni, terima kasih yer , saya beli".- Brader kaya menghulur sekeping duit sambil senyum dan bersalaman.
"Tadi dalam phone dia mintak 200 dekat aku, aku tolak 200 macam kerja amal jadinye, orang kaya pun kedekut kan?"- Apek gelak.
"Berapa dapat Apek?" Aku tanya.
"Ini barang brader sebelah ni, tolong jual. Dapat la income 30 malam ni" -Apek membalas.
Jadi Runner barang kereta ni ada banyak jenis orang perangainya, yang nak makan banyak dengan member-member pun ada, yang nak makan berkali-kali ganda pun ada, yg jual sebab nak bagi makan anak bini pun ada.
Ini yang aku cakap kehidupan. Buat kerja halal walaupun banyak kerja untuk terus survival. Tak macam brader FB seorang ini, ada ke jual seat belakang dengan door trim sampai RM1.5k, tu nak makan berganda namanya. Gila!
31 January 2012
30 January 2012
Run Baby run, don't ever look back :p
Kawan aku senior engineer tweet,
"Seronoklah jadi orang kaya, sarapan hot dog hari-hari, belajar ala kadar, tak payah nak risau beli rumah, beli kereta, jodoh pun senang dapat sebab duit banyak. Semua dah siap. Tak payah nak fikir banyak sangat"
Aku tak tau la sama ada dia tweet sebab baru lepas harungi traffic jam di kota metropolitan dan tiba jam 7.30 dirumah dan keluar pagi pada pukul 7 tiap-tiap hari dengan pulangan gaji yang biasa-biasa sahaja di penghujung bulan dan impian untuk memiliki gadis-gadis comel untuk ditenung setiap hari dalam riwayat hidup tak tercapai.
Aku DM dia,
"Relax la brader, lu jangan terpengaruh sangat dengan drama melayu, dengan cara hidup orang kaya dekat Malaysia ni, drama melayu tv pun kalau boleh jangan layan sangat, pasal Syamsul Yusoff pun jangan nak ingat sangat".
Dia balas,
"Kah3x, saja melayan badan penat".
Lagi best sebenarnya kalau bila kita tengok atau sendiri rasa orang yang,
"Kerja part time semata-mata hendak merasa beli hp hasil titik peluh sendiri.
Memerah idea menulis buku untuk hasil karya kita dinilai orang dan menjana income hasil penjualan.
Sedaya upaya mengubah nasib sendiri dengan kaki dan tangan kurniaan tuhan.
Jadi kutu yang mengutip besi atau apa sahaja yang boleh dijual semata-mata sebab nak tengok konsert rock.
Berusaha menawan hati si gadis dengan bermacam cara walaupun rasa diri tak sepadan and lastly berjaya"
Hidup ni survival baby. Kalau semua dah terhidang, tak best lah. Jatuh bangun itu semunya ada manis dekat hujung. Kena reject cinta 78 kali pun tak kisah kalau tiap kali kena reject tu semua ada pengalaman (ha, ini bukan aku la).Orang kaya tu ntah semua tu tak merasa. Kalau jenis tak berlagak dengan harta mak bapak lagi tak best ;p
Bak kata We the Kings.
Let's sing together.
Kira aku pun kaya jugak makan hot dog pagi-pagi itu hari, (chuckle)

"Lace up your shoes, Here's how We do. Run baby Run. Don't ever look back"
Let's sing together.
Kira aku pun kaya jugak makan hot dog pagi-pagi itu hari, (chuckle)
26 January 2012
Ombak Rindu dan Lelaki Normal.
Hari Sabtu hari tu pulang ke kampung halaman di Perak.Stress sebab perjalanan 2 jam jadi 8 jam tu patut dibiarkan sahaja dalam hati. Sekali-sekala jumpa semua sekali fun juga. Maklumlah, abg ipar seorang di Terengganu, sorang di KL.
The first question my sister asked was
"Tengok ombak rindu tak dulu?".
Then aku cakap,
"Mesti la tengok. Maksu langgan on the first day it was broadcasted on astro first. Tv maksu HD lagi tu. Boleh tgk air mata maya karin mengalir keluar ikut Tv."
Then my other sister asked.
"Serious tgk cerita melayu? dalam external hard disk yg 1 Tera tu satu cerita Melayu pun takde".
"Ok now, dalam sepanjang cerita tu mana part paling sedih sekali? I already asked all of us, now you're the last."
Then i was like, huh? sedih ke?
Ok la, to be honest. " Part yang dia mengaku dia suami isteri depan pakcik/makcik tu waktu majlis doa selamat tu".
Then my little sister said.
"Ha, kan betul. semua cakap part itu yg sedih."
So, everybody has the same scene. Aku tak rasa sedih maybe sebab tgk ramai-ramai kot. Tapi to be honest part tu dengan time MK kena tonyoh-tonyoh kepala tu part sebak jugak la.kah3x.
So, which is your saddest part?

25 January 2012
Datang bulan.
Entah kenapa aku sekarang rimas betul kalau berhadapan dengan orang banyak tanya. Tapi aku rasa dia ada kaitan dengan mindset kita untuk orang terntentu. Ataupun tak, macam aku cakap tadi, aku rasa sahaja. Tak tahu betul ke tak.
Ada minah suruh aku tukar pic twitter aku. Put something real please . Pohon si dia.
Erm, ada situasi sekejap. Macam mana kenal aku dekat 3 hari dekat twitter dah kena suruh aku tukar gambar. Lagipun, Ole Gunnar Solkjaer tu sepupu saya . Tak salah letak gambar sepupu jadi DP kan. Berkawan jadi imaginary without knowing the true person kadang-kadang lagi value daripada yg kau tahu depan mata. I'm serious about this.
So, saya jadi serigala hitam atau arnab putih sekalipun dan awak jadi ikan duyung putih. Kalau nak kawan, kawanlah, biarlah ikhlas. -tak payah tahu siapa-siapa pun boleh start a friendship.
17 January 2012
The Clock will never stop ticking.
Dah nak dekat pukul 11. Aku buat audit sedikit sahaja hari ni. Semalam dituding jari oleh sang director bertanyakan tentang pengetahuan asas aku tentang network. Alhamdulillah, boleh jawab.
Tadi sang director balik,singgah meja aku tanya pasal progress project. Aku pun tak tahu sama ada dia tahu atau tidak yang aku ni junior or aku yang tak tahu yg company ni expect more from the very first day.
"Progress bahagian saya dah siap, next proceed kena tunggu En.Rizal punya command".
"Ok.Good." Melangkah masuk office.
Aku pernah jeles dengan director ni sebab gaji dia 5 digit. Peluang kita nak jadi macam tu ada ke tak pun belum tahu lagi.Dulu aku tak kisah sangat, tapi sebab sistem kita dah macam tak betul sikit aku rasa. Orang yang belajar penat-penat pun dapat gaji tak banyak. Orang yang tiada pendidikan boleh dapat sampai berpuluh-puluh k but after considering banyak benda i'm still grateful for everything. Bila aku nak sedapkan hati tengok director tu,
"Takpe, dia dah tua, aku masih muda,hahaha".
Ok. Cukup pasal kerja.
This is how my time flows everyday.
6.15 (bangun / solat /kadang-kadang tidur balik/mandi)
7.00 Pasang channel 705 untuk dengar lagu sambil bersiap-siap.
8.00 Sampai Office
7.00 Sampai rumah.
7.00-8.00 Gemersik Kalbu
8.30 Ajar budak-budak apa itu Matematik.
10.00 Movie/blog/sosial/futsal.
12.00 Dah flat.
Sekarang aku fully admit, keseronokan fasa-fasa dalam hidup ni memang selalu pasang surut. Sekarang asyik surut je. Tapi bagus jugak time macam ni ada.Aku rasa time-time macam ni la orang akan muhasabah diri, apa tujuan sebenar dia hidup dekat muka bumi ni? Kerja ,perform, dapat pangkat besar, rumah besar, selesa, kahwin,zuriat. Anak-anak.
Singkat jugak hidup yang "sementara" ni.

14 January 2012
Hard spoken guy is talking.
Dulu waktu 4 tahun dekat U, aku jarang sangat nak sosial-sosial dengan gadis-gadis. Jiwa tengah rock, jadi haluslah kalau chat or tegur perempuan. Just nak masuk 2 tahun akhir baru la aku hafal semua nama budak perempuan yang pernah satu kelas dengan aku.
Sampai satu masa memerlukan sedikit sokongan si gadis-gadis yg tak pernah miss kelas, YM atau skype tu benda wajib untuk communication dua hala antara budak lelaki yg selalu ter "miss" kelas dengan budak perempuan yg sejak azalinya memang dilahirkan untuk tidak ponteng kelas.
Aku pernah bersosial dengan seorang gadis nak orang kaya ni. Pergi kelas pun naik BMW 5 series. Zety nama dia. Ada satu malam, dia cakap dekat aku:
"geng-geng aku perempuan aku cakap, kalau budak lelaki yang jenis sempoi boleh masuk kepala tapi paling soft spoken and comfortable to talk with, engkau la".
Dan macam biasa, aku menafikan. Sampai sekarang bila gadis cakap aku soft spoken. Aku akan nafikan.
Muka ganas macam ni dengan benda-benda soft spoken ni mana boleh bergabung.
Semalam Mr.Own kata dah nak sampai rumah, aku pun tunggu la lepak luar rumah. Dah dekat 40 minit tunggu dekat tepi pondok pengawal sambil bertwitter dengan Shila Hamzah, batang hidung Mr.Own ni tak nampak-nampak lagi. Hati tengah sejuk pun boleh jadi panas.
Aku pun type message.
"Aku rasa nyamuk dekat luar ni seronok la gigit-gigit orang yang tunggu luar lama macam aku ni"
Aku tekan send.
5 minit lepas tu aku teringat dekat Zety.
Aku geleng kepala. Tak boleh jadi. Aku type lagi.
"Weyh lahanat, hang mai naik unta ke kanggaro?"
Aku tekan send.
Apa macam? Hard spoken tak?

Aku tekan send.5 minit lepas tu aku teringat dekat Zety.
Aku geleng kepala. Tak boleh jadi. Aku type lagi.
"Weyh lahanat, hang mai naik unta ke kanggaro?"
Aku tekan send.
Apa macam? Hard spoken tak?
11 January 2012
Jam 5.30 pekerja bawahan semua akan meninggalkan office dengan segera.
Hari ini seronok. Sebab ada task. Kena install program dalam modem wireless. Benda baru but I'm eager to learn. Jadikan cerita, dekat 30 bijik aku install.
Jam 5.19 director balik, macam biasa. Pung-pang dengan mangager lain. Lepas tu senior engineer datang dekat aku, stop installation. Modem wireless ada problem. So, installation yang dibuat tadi shouldn't be done. Sepatutnya, troubleshooting kena hantar department lain before installation process. Ada fatal error and He don't want our department takes the blame.
Aku kemas-kemas modem. Engineer senior dah senyum-senyum dekat aku waktu bos tengah pung-pang dengan manager.
Kak Zan pandang aku sambik bermimik mulut
"Biasa la tu".
Before aku tekan publish untuk entri ni, dah 4 kali Kak Zan tengok aku dan tergelak senyap.
Aku pun bermimik mulut dengan Kak Zan.
"Takpe Kak Zan, tinggal 2 minit nak 5.30 :p ".
Jam 5.19 director balik, macam biasa. Pung-pang dengan mangager lain. Lepas tu senior engineer datang dekat aku, stop installation. Modem wireless ada problem. So, installation yang dibuat tadi shouldn't be done. Sepatutnya, troubleshooting kena hantar department lain before installation process. Ada fatal error and He don't want our department takes the blame.
"ITU BUKAN SCOPE KITA, WE SHOULDNT ACCEPT THE MODEM AT THE VERY FIRST TIME IF YOU KNOW FAILURE EXISTENCE" - Terang Director kepada manager-manager dengan nada tegas.
Kak Zan pandang aku sambik bermimik mulut
"Biasa la tu".
Before aku tekan publish untuk entri ni, dah 4 kali Kak Zan tengok aku dan tergelak senyap.
Aku pun bermimik mulut dengan Kak Zan.
"Takpe Kak Zan, tinggal 2 minit nak 5.30 :p ".
10 January 2012
OH,mimpi.
Pagi semalam aku tengok katalog IKEA. Bukan main lagi baru pindah siap tengok catalog IKEA. (macam banyak duit) Lepas tu aku ternampak satu katil ni, cun. Habis modern. Atas katil ni ada gambar pasangan tengah berbaring
Malam semalam aku mimpi aku tengah duduk-duduk santai dengan seorang perempuan yang mukanya ada tanda soal. Atas katil modern yang sama. Bermanja-manja.
Sebelum imaginasi aku merewang-rewang. Jam loceng pun berbunyi. Lantas aku bangun mengerjakan solat subuh pagi tadi.
Cepat juga respon aku ni. Tapi aku yakin mimpi tu datang waktu perempuan tu dah halal untuk aku. Eceh!
05 January 2012
Bukan sentiasa giliran kita.
Pasal previous entry, aku terpaksa delete sebab entry atas nasihat kakak tersayang.

Bercakap pasal rasa syukur ni. Rule dia mudah sahaja sebenarnya.
Kalau dari segi kekurangan, bandinglah diri kita dengan orang yang lebih kurang.
Ex Mudah:
Muka kau tak cantik, pergi try tengok-tengok orang yang ada pipi tembam, hidung senget, or sesiapa sahaja yang boleh kau cakap dalam hati " Cantik lagi aku dari dia, alhamdulillah".
Aku google gambar Johnny Depp.
"Selamat hidung aku lawa dari dia"
Ok tipu lagi. Esok aku google gambar orang lain.

04 January 2012
Worst blunder.
Video panglima vs mahasiswa dah lama ada cuma baru sekarang aku ada mood nak layan. Macam mana pemuda parti mengaku dialah panglima melayu. Untuk faktanya, politik mana-mana negara takkan pernah bersih but here is among the worst one.
Kelakar bila tengok orang yg memakai rantai jadi lead untuk laungan takbir. Bukanlah seorang yg pakai rantai tu tak boleh bertakbir mengingati tuhan. Tapi .... (sambunglah).
Semua orang nak jadi hero.

Subscribe to:
Posts (Atom)